Tips - Kecantikan

‘Daun Ajaib’ Yang Korang Biasa Makan Jadi Trend K-Beauty, Boleh Rawat Kulit Sensitif

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
‘Daun Ajaib’ Yang Korang Biasa Makan Jadi Trend K-Beauty, Boleh Rawat Kulit Sensitif

Penulis tertarik untuk membuat rujukan lanjut selepas menggunakan salah satu produk Innisfree Color Clay Mask ‘Cica’ (warna hijau). Ya, Cica. Anda tahu apa itu Cica? Dan siapa sangka ia menjadi salah satu trend K-Beauty untuk tahun 2017.

Hampir semua jenama terkenal telah mengeluarkan jenis krim dan mask yang serupa, umumnya dengan ‘Cica’ sebagai sebahagian daripada nama produk. Sebagai contoh IOPE Cica Cream, Innisfree Bija Cica Balm, ETUDE HOUSE SoonJung Cica Balm, MakeP:rem Cicapro Cream dan banyak lagi.

Foto – Arkib Wanista

Asal

Bukan perkataan perubatan atau kosmetik tetapi berasal dari bahan penjagaan kulit istimewa – ‘Centella Asiatica’ yang membantu menenangkan kulit yang merengsa dan membaiki kulit rosak, bahkan lebih kepada ramuan penyembuhan. Terdapat satu laporan pula, Cica berasal dari Latin –  ‘cicatrix’ (parut).

Foto – Sabun Pegaga

Untuk lebih jelas lagi, Centella Asiatica dalam bahasa melayu dipanggil daun pegaga. Sejenis ulam yang bukan sekadar memiliki kebaikan dari segi kesihatan dalaman malah mampu memberi impak besar kepada kecantikan seseorang. Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Melayu, ia di makan secara segar sebagai ulam, bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.

Baca: Ini Dia Khasiat Daun Pegaga Yang Selama Ini Tidak Anda Ketahui

BACA  Gadis Korea Tergilakan Produk Kecantikan Berasaskan Tembikai Ni! Apa Faedahnya?

Siapa sangka ulaman yang kita biasa makan ini menjadi salah satu trend dunia kecantikan di Korea Selatan. 

Bagaimana ia bekerja?

Kebanyakan orang Korea menjelaskan keberkesanan Cica dalam merawat kulit wajah mereka. Hasil penyelidikan juga terbukti bagaimana Cica berfungi dengan baik untuk kulit, kebanyakan jenis kulit sensitif dan jerawat menunjukkan peningkatan cemerlang.

Kajian sebuah video dari jenama IOPE menerangkan bahawa peserta menggunakan IOPE Cica Cream selama 10 hari dan ia telah mengubah kulitnya menjadi lebih baik berbanding dahulu.

Satu lagi video pengguna menggunakan produk Innisfree Bija Cica Balm, semuanya menunjukkan bagaimana produk Cica ini berkesan untuk kulit sensitif atau bermasalah, lebih-lebih lagi yang berjerawat. 

Sekarang penulis rasa rugi kerana tidak makan daun ajaib yang banyak menyumbang pada kecantikan orang Korea. Kalau tak pasti kulit wajah sudah seperti Jun Ji Hyun, Jessica Jung…..

Selamat Mencuba!

Komen Anda