Kecantikan

Koleksi MAC Tahun Baru Lunar Terlalu Cantik, Sayang Nak Guna

Malisa Aina
/
I'm into foodies, sneakers, spotify, netflix, lipsticks.
Koleksi MAC Tahun Baru Lunar Terlalu Cantik, Sayang Nak Guna

Setiap musim, setiap perayaan, M.A.C Cosmetics tidak pernah mengecewakan semua beauty junkies dengan keluaran produk terbaru mereka. Tahun lepas sahaja, koleksi Snowball sempena Krismas telah membuatkan kita semua juling dengan barisan produk yang terlalu cantik untuk digunakan.

Foto – Arkib Wanista

Kali ini, MAC telah mengeluarkan seleksi koleksi Tahun Baru Lunar. Pertama kali melihatnya, penulis seakan tidak mempercayai betapa cantik dan halus koleksi yang mengetengahkan kombinasi warna merah jambu bersama peach ini. Kombinasi tersebut adalah paduan yang sempurna untuk perayaan yang diraikan, Tahun Baru Lunar.

Menariknya, koleksi ini menawarkan lima warna gincu, pemerah pipi dan palet pembayang mata dengan sembilan warna lembut yang sesuai dipadankan dengan semua warna kulit.

Foto – Arkib Wanista

Koleksi MAC Tahun Baru Lunar boleh didapati dalam talian dan gedung kecantikan pilihan mulai Januari ini.