Kembali untuk tahun yang ke-9, ROASTERS Eating Day (RED) anjuran restoran ayam panggang terkemuka di Malaysia ini lebih meriah!
Berlangsung selama tiga hari sejak semalam, 10 hingga 12 Januari ini, RED menawarkan hidangan hebat pada harga rendah bagi menggalakkan pengambilan diet sihat dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Kenny Rogers komited untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan ternyata, kempen seumpamanya bukan sahaja mengingatkan semua untuk makan secara sihat semata-mata bahkan membuka peluang kepada semua untuk menikmati hidangan yang enak lagi mengenyangkan di mana keterujaan itu boleh turut dikongsi bersama yang tersayang.
Kempen tahunan RED akan diadakan setiap hari Rabu minggu kedua pada bulan Januari setiap tahun.
Bagi menghargai pelanggan yang sentiasa menyokong serta meminati hidangan ayam panggang Kenny Rogers Roaster, inilah peluang terbaik untuk untuk mendapatkan dua hidangan Red Hot Meal pada harga RM25!
https://www.instagram.com/p/BdwVHf9nYpu/?taken-by=wanistadotcom
Penjimatan berganda apabila anda menikmati hidangan tersebut secara langsung di mana-mana restpran Kenny Rogers Roasters seluruh Malaysia selama tiga hari kempen berlangsung bahkan pelanggan juga layak menerima sampul ang pao edisi terhad yang ditemani baucar diskaun!
Untuk keterangan lanjut sila klik [www.krr.com.my] atau lawat laman Facebook rasmi Kenny Rogers Roasters Malaysia di [www.facebook.com/krrmalaysia].