Tahun baru, rambut baru. Apalah erti rambut wanita jika ia tidak dibelai dengan cara yang paling mewah?! Justeru, jenama peneraju alat penggayaan rambut ghd baru-baru ini tampil dengan inovasi yang bukan sahaja bermutu bahkan mewah dihiasi teknologi gah untuk memenuhi kepeluan wanira moden hari ini.
Membuka tirai 2018 dengan memperkenalkan ghd Gold, peranti rambut baharu ini buat julung kalinya membuat penampilan di majlis anugerah bergermelapan Golden Globe Awards tempoh hari.
Rekaannya lebih memukau dilengkapi pemegang berpotongan lengkung yang menawarkan keselesaan kepada pengguna malah, ia juga memiliki kadar suhu panas sehingga (185 degrees) yang merupakan suhu tepat untuk penjagaan rambut.
Permukaan plat pemanasnya pula dicipta khas untuk memiliki perincian timbul agar bisa menggelongsor lancar pada setiap helaian rambut sekaligus memberi efek kilauan memukau speerti hasil dandanan di salon profesional manakala sisi keselamatannya juga diyakini apabila turut dibina dengan sistem “sleep mode” yang membolehkan peranti terpadam sendiri apabila tidak digunakan dalam tempoh 30 minit.
Melihatkan trend rambut lurus bakal menjulang semula era kegemilangannnya pada tahun ini, ghd komited membawakan yang terbaik dengan menawarkan seleksi peranti penggayaan rambut terbaik termasuklah rangkaian ghd Gold Professional Styler ini.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.ghdhair.com] atau lawat laman Facebook rasmi ghd Malaysia di [www.facebook.com/ghdMalaysia]. ghd Gold akan mula berada di pasaran sekitar Februari nanti.