Cinta & Perhubungan

Terlalu Cantik, Wedding Dress Anastasia Steele Dalam Fifty Shades Didedah

Malisa Aina
/
I'm into foodies, sneakers, spotify, netflix, lipsticks.
Terlalu Cantik, Wedding Dress Anastasia Steele Dalam Fifty Shades Didedah

Walaupun filem ini diharamkan tayangan di sini tetapi itu tidak bermaksud kita tidak teruja dengan siri ketiga yang menyaksikan lebih drama dan tragik berlaku pada percintaan antara Christian dan Anastasia.

Suka atau benci, siri ketiga dan terakhir filem Fifty Shades, Fifty Shades Freed akan keluar pada Hari Kekasih nanti, 14 Februari 2018. Untuk yang ketiga, plot menyaksi Anastasia dan Christian bersedia untuk berkahwin dalam upacara yang cukup mengagumkan.

Spend Christmas with the one that matters most. #FiftyShadesFreed

A post shared by Fifty Shades Freed (@fiftyshadesmovie) on

Dan bila bercakap tentang perkahwinan, tentu sekali wedding dress yang menjadi tumpuan.

Anastasia Steele lakonan Dakota Johnson melalui lorong dalam sepersalinan gaun meleret off-the-shoulder dari lace yang cukup dreamy dan menakjubkan.

BACA  Seksinya Bibir, Ni La Lipbalm Anastasia Steele Pakai Dalam Filem Fifty Shades

Ensemble serba-serbi sempuna itu turut dikongsi oleh pereka Monique Lhuillier.

Bukan calang-calang, ramai selebriti seperti Reese Witherspoon, Lauren Conrad dan Britney Spears telah memakai wedding dress pereka asal Filipina di hari bahagia mereka, dan sekarang giliran Anastasia Steele.

Semestinya gaun potongan ikan duyung ini akan memberi inspirasi kepada trend perkahwinan yang besar untuk tahun 2018.

Walau bagaimanapun, ini bukan kali pertama Lhuillier mereka pakaian untuk Anastasia. Dia juga merupakan tulang belakang untuk dress kelabu dalam siri kedua Fifty Shades.

BACA  Seksinya Bibir, Ni La Lipbalm Anastasia Steele Pakai Dalam Filem Fifty Shades

Wedding dress Anastasia Steele sehebat Bella Swan dalam Twilight!

RUJUKAN