Trend rawatan kecantikan secara medikal atau digelar sebagai medispa semakin mendapat sambutan di Malaysia. Namun di negara jiran kita ia sudah menjadi suatu perkara yang normal dan mereka sudah melakukan rawatan penjagaan muka di klinik sudah sekian lama. Malah sejak peringkat awal remaja lagi, kaum hawa Indonesia mula menitikberatkan soal kecantikan dan kebersihan kulit wajah.
Patutlah pusat rawatan kecantikan Natasha begitu gah di Indonesia sehingga mempunyai 100 cawangan! Bukan itu sahaja, Natasha juga memperkenalkan rangkaian produk sesuai untuk Remaja, Lelaki dan Wanita. Ianya untuk memastikan jaminan keberkesanan produk optimum.
Sejak membuka cawangan pertama mereka di Bangsar, Natasha semakin mendapat sambutan dari peminat kecantikan setempat. Baca: Penawar Kulit Intensif Natasha By Dr. Fredi Setyawan Kini Di Malaysia!
Buat pertama kalinya penulis dapat mencuba salah satu rawatan terbaik di Natasha iaitu Microoxy Dermabration Treatment. Rawatan tersebut merupakan yang paling popular dan menjadi pilihan pengguna Natasha.
Pengenalan singkat mengenai Microoxy Dermabration Treatment ialah suatu rawatan menggunakan oksigen untuk menghasilkan sel kulit baru sambil menaikkan seri wajah. Anda suka tengok wajah berseri Jennifer Lopez, Kate Middleton atau duta Natasha sendiri Sharifah Sakinah? Mereka antara yang mengamalkan rawatan ini.
Di Natasha, anda boleh memilih untuk hasil kulit awet muda (Rejuvenation) atau cerah (Brightening). Menariknya lagi, ia langsung tidak menyakitkan dan sesi rawatan dilakukan oleh doktor bukan beautician. Ketika sesi rawatan, penulis gemar bertanya pelbagai soalan tentang kecantikan, masa inilah untuk anda korek ilmu!
Prosedur untuk mendapatkan Microoxy Dermabration Treatment di Natasha sangat ringkas iaitu:
- Sesi mendaftar di Natasha (jika pertama kali)
- Dapatkan konsultasi doktor tentang keadaan kulit
- 1 jam rawatan Microoxy Dermabration Treatment bersama doktor bertauliah
- Kulit siap berseri!
Rawatan 1 jam (tidak kurang) Microoxy Dermabration Treatment khas menggunakan teknologi OxyGeneo untuk memperbaiki masalah kulit secara dalam dan terbaik untuk kesan anti-penuaan. Apa yang dilakukan oleh doktor pada penulis ialah:
- Menanggalkan dan mencuci kesan solekan pada kulit
- Kulit wajah kemudian disapu serum dan diurut menggunakan mesin khas untuk menanggalkan sel kulit mati. Setelah itu, wajah anda dibiar sebentar untuk penyerapan serum.
- Seterusnya, wajah disapu pula dengan serum (Rejuvenation) dan diurut sekali lagi. Sesi terakhir ini untuk memberi lebih hidrasi, memperbaiki tekstur kulit dan meningkatkan kolagen kulit.
- Selesai, anda akan dipakai krim anti-radang dan krim pelindung matahari. Siap!
Ini yang terjadi pada kulit penulis selesai rawatan..
Kulit muka penulis terasa lebih tegang, anjal dan boleh dikatakan lebih naik seri. Sebelum ini penulis amat takut dengan kesan sampingan rawatan tapi percayalah kulit penulis langsung tidak mempunyai kesan kemerahan atau apa-apa keradangan. Sehingga hari ini, penulis tidak perlu bergantung mana-mana ubatan dan masih menjaga kulit seperti biasa.
Buat anda yang inginkan rawatan muka dengan harga yang berpatutan, cuba berkunjung ke Natasha dan lakukan Microoxy Dermabration Treatment yang hanya berharga RM250. Pelaburan setiap bulan dengan rawatan ini penulis percaya ia dapat membersih dan menyerikan kulit dalam dan luar secara selamat.
Lokasi Natasha Beauty & Wellness: No.96 Jalan Maarof, Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10 pagi – 8 malam / Dibuka setiap hari
Hubungi: 03-2201 9922 / 03-2201 9944atau layari Instagram @natashaskin_MY dan Facebook NatashaSkin.MY.