“Coolest Monkey in the Jungle”.
Itulah frasa yang tertera pada baju panas rona hijau keluaran terkini H&M yang digayakan oleh seorang model kanak-kanak lelaki berkulit hitam yang kemudiannya menjadi perbahasan warga internet yang rata-ratanya bertikam lidah selepas ia dimuat naik sendiri oleh bintang popular The Weeknd.
Untuk pengetahuan semua, sebelum ini penyanyi yang merupakan pelantun lagu “Starboy” itu pernah berkolaborasi dengan H&M untuk hasilkan beberapa koleksi pakaian lelaki versatile.
The Weeknd mengejutkan semua dengan kenyataan lantangnya berkenaan hal yang berbaur berkauman itu menerusi satu status di Twitter berbunyi…
“Bangun pagi ini terkejut dan berasa malu melihat foto ini. Saya secara peribadi berasa tersinggung dan tidak mahu berkerja dengan H&M lagi…“
Sehingga kini tweet yang dimuat naik The Weeknd atau nama sebenarnya Abel Tesfaye itu telah mendapat retweet sebanyak 77,098 dan hampir 200 ribu sukaan.
Kebanyakan peminat dan pengguna Twitter bersetuju bahawa foto itu adalah tidak wajar untuk diterbitkan sebagai iklan kerana ia menyentuh sensitiviti dan hak perkauman kulit hitam yang sememangnya sering diperlekehkan sejak dari dahulu.
Let’s flip the script 🙌🏾 #HM pic.twitter.com/RSab2l267i
— Hannah (@Hannahagboola_) January 8, 2018
Lebih menyedihkan apabila, satu lagi rekaan baju panas yang sama dengan frasa yang lebih gah berbunyi “Mangrove Jungle: Official Survival Expert” pula seolah sengaja diberi kepada model kanak-kanak berkulit putih untuk menggayakannya.
Keadaan itu membuktikan bahawa pihak H&M langsung tidak bersifat sensitif umpama mengambil kesempatan secara halus untuk ‘mengenakan’ orang kulit hitam.
Walau bagaimanapun, mengikut laporan terkini pihak H&M telah pun menarik balik foto kanak-kanak berkulit hitam tersebut sekaligus mengeluarkan kenyataan maaf pada umum.
“Sekarang imej itu telah pun ditarik balik daripada semua saluran H&M dans sesungguhnya kami memohon maaf kepada pihak yang tersinggung”.
Biarpun begitu, masih ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dan terus mengecam tindakan H&M.
https://twitter.com/KaramoBrown/status/950263920450715648?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=http%3A%2F%2Ftoofab.com%2F2018%2F01%2F08%2Fhm-racist-monkey-ad-twitter-the-weeknd-black-boy%2F