Tips - Kecantikan

“Oil Cleansing Method”: Teknik Baru Hapus Jerawat Guna Minyak Ni Viral!

Afiqah Syamin
/

Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️

“Oil Cleansing Method”: Teknik Baru Hapus Jerawat Guna Minyak Ni Viral!

Seperti biasa, apabila kita menyentuh perihal azam baru selain menjaga berat badan antara yang turut tersenaraidalam diari kebanyakan wanita adalah untuk memiliki kulitt wajah yang lebih cantik dan mulus betul tak?

Seperti tahun-tahun lalu apabila teknik cucian berganda atau double cleansing banyak dimanfaatkan bagi menjaga kesejahteraan kulit wajah, tahun ini teknik “oil cleansing method” pula yang menjadi tumpuan. Lebih mengujakan, ramai yang memberi maklum balas positif bahawa ianya mampu menghapuskan jerawat sekaligus menghasilkan kulit wajah yang lebih licin seperti yang diidam-idamkan tahu?!

Apa Itu “Oil Cleansing Method”

Sumber: Pinterest

“Oil Cleansing Method” atau lebih dikenali dengan singkatan OCM adalah cara mencuci wajah menggunakan minyak. Sebagai contoh, seseorang boleh mencampurkan 50 peratus minyak zaitun dengan 50 peratus lagi minyak kastor untuk teknik istimewa ini. Namun begitu, campuran minyak lazimnya akan diramu mengikut kesesuaian kulit seseorang mahupun pilihan aroma dan minyak pati kegemaran agar ia bertepatan dengan keselesaan individu berkenaan.

Bukankah Minyak Sering Dikaitkan Dengan Pori Tersumbat?

Ya, minyak sering dikaitkan dengan masalah kulit di mana sebum (minyak yang dihasilkan kulit muka) yang terhasil secara berlebihan mampu menyesakkan pori wajah lalu menggalakkan pertumbuhan jerawat. Lebih-lebih lagi apabila rutin pembersihan wajah adalah tidak teratur ditambah pula dengan penggunaan kosmetik saban hari.

Cara-Cara Melakukan OCM

Sumber: mymerrymessylife.com

Langkah 1: Lumur wajah dengan minyak kemudian urutkannya sehingga meresap ke dalam kulit pada wajah yang masih lagi mempunyai solekan untuk beberapa minit.

Langkah 2: Lap dan bersihkan sisa minyak pada kulit wajah menggunakan kain mikrofiber secara lembut.

Langkah 3: Tuang lagi sedikit minyak ke telapak tangan kemudian urut lagi pada keseluruhan wajah.

Sumber: mymerrymessylife.com

Langkah 4: Secara lembut, bersihkan sisa minyak menggunakan tuala mikrofiber yang lembab dengan air suam.

Langkah 5: Bilas tuala yang berminyak dengan air kemudian lap ia pada wajah berulang kali sehingga tiada lagi sisa minyak yang melekat pada kulit.

Tonton Tutorial Menggunakan Keadah Cucian Minyak (Oil Cleasing Method)

Syarat Keberkesanan OCM

Walau bagaimanaoun, pemilihan minyak haruslah bertepatan agar ianya tiudak menyumbarpori-pori di wajah. Sebaiknya pilihan minyak berasaskan mineral seperti minyak argan atau jojoba.

Jika kulit kering, manfatkan minyak badam (almond) atau avocado kerana ia kaya dengan sumber lembapan. Manakala jika kulit jenis berminyak, anda dinasihatkan untuk memanfaatkan minyak kastor, minyak evening primrose atau minyak neem kerana ia kaya dengan sumber anti-bakteria. ***sila elak menggunakan minyak kelapa kerana ia mungkin menjadikan sesetengah jenis kulit sensitif. Pilih dan belilah minyak pati yang berkualiti serta asli sumbernya.

Nisbah sukatan bancuhan campuran minyak kastor dan minyak zaitun ekstra dara mengikut jenis kulit. Sumber: Pinterest

Jika tiada minyak minyak zaitun ekstra dara (extra virgin olive oil), boleh gantikannya dengan minyak bunga matahari, minyak avocado, minyak badam dan minyak jojoba.

Bagaimana OCM Berkesan?

Jerawat akan muncul sekiranya keradangan berlaku pada kulit, berpunca daripada pori kulit wajah yang tersumbat disebabkan minyak sebum berlebihan. Menurut pakar, dengan memanfaatkan minyak pati semula jadi, ia mampu mencairkan kembali minyak sebum yang menyumbat liang pori tadi seterusnya membersih liang pori tersumbat daripada sisa minyak sebum serta kotoran lain.

Teknik ini juga mampu membersihkan wajah tanpa mengeringkan kondisi kulit.

Melihat pada gambar-gambar ini, ternyata teknik OCM mampu membantu anda menyelesaikan masalah kulit dengan mengeringkan jerawat sekaligus memudarkan parut secara berperingkat.

Sumber: Buzzfeed
Sumber: Buzzfeed
Sumber: Pinterest

Yup, bahan semula jadi sememangnya berkhasiat dan selamat digunakan tanpa keraguan.

Selamat mencuba! ❤️

RUJUKAN

Komen Anda