Semalam berlangsungnya acara anugerah Golden Globe ke-75 dan buat julung kalinya para selebriti dan bintang ternama menyarung sepersalinan berwarna hitam tanda protes terhadap gangguan seksual yang melanda industri perfileman Hollywood.
BACA: Bintang Hollywood Pilih Warna Hitam di Karpet Merah Golden Globe Kerana…
Model ternama Kendall Jenner juga hadir dalam acara tersebut dan seperti biasa kelihatan seksi dan menarik dalam gaun rekaan Giambattista Valli Haute Couture.
Namun apa yang menganggu pandangan ialah keadaan kulit beliau yang nampak menderita akibat masalah jerawat. Terlihat di kedua belah pipi Kendall jerawat yang timbul dan tekstur kulit yang tidak sekata akibat bekas parut jerawat. Akibatnya ramai mengkritik terutamanya haters yang tunggu masa sahaja untuk menjatuhkan reputasi Kendall Jenner.
Tidak tunggu lama, Kendall kemudiannya memuatnaik tweet untuk membalas semula kritikan yang dilemparkan terhadapnya dengan menulis.
never let that shit stop you! 😎✨ https://t.co/uXlqwJxTPf
— Kendall (@KendallJenner) January 8, 2018
Tweet tersebut mendapat perhatian dan rata-rata bersetuju dengan pendapat Kendall. Tidak bermakna muka berjerawat atau apa sahaja masalah kulit anda perlu berhenti melakukan perkara yang anda suka.
https://twitter.com/signofmyhes/status/950187741358231552
So Kendall jenner has acne… big deal, everyone gets it 😂😂😂 y'all are rude mannnnnn she's human
— fajar siddiqui (@fajar_siddiqui) January 8, 2018
All these people making fun of Kendall Jenner’s skin as if they aren’t using Facetune on every picture of themselves.
Let her live we all get acne from time to time— Petey Plastic (@PeteyPlastic) January 8, 2018
Memang tak baiklah siapa yang sesuka hati mengutuk keadaan kulit orang lain. Walaupun supermodel sekalipun, Kendall Jenner tetap manusia biasa.