Bila dikorek barangan mekap yang digunakan ketika menghadiri Golden Globe ke-75, ternyata jelitawan Gal Gadot memilih mekap mampu milik. Siapa sangkakan…
Memilih sepersalinan hitam dari Tom Ford, Wonder Woman itu manis sekali dengan solekan tipis dan dilengkapi gincu bibir rona merah hati, cukup membuatkan Gal Gadot bertambah seri.
Baca: Bintang Hollywood Pilih Warna Hitam di Karpet Merah Golden Globe Kerana…
“Kami mahu dia kelihatan chic dan timeless, tetapi pada masa yang sama masih kekal feminin. Untuk memberi kontra, kami mengenakan solekan yang bold pada mata dan juga bibir,” terang Sabrina Bedrani, jurumekap peribadi Gal Gadot tentang inspirasi di sebalik penampilan aktres 35 tahun itu.
Dan untuk bibir, Bedrani hanya menggunakan gincu Revlon Bombshell Red Lustrous Lipstick – yang harganya samgat murah. Tidak memilih jenis merah klasik, rona yang satu ini lebih kepada wain, lebih segar dan moden. Guna produk Revlon je!
Inginkan gaya Gal Gadot, korang pun boleh beli lipstick yang sama di drugstore sahaja.