Ada masanya kulit kita tidak mahu beri kerjasama, tiba-tiba sahaja ia bertukar kusam dan tidak bermaya. Walhal tidak pernah pula anda tinggal sebarang rutin penjagaan. Biasalah kadangkala cantik perempuan ni ikut mood dan hormon.
Sudahlah kulit kusam, mood nak bermekap pun jadi malas. Anda boleh tinggalkan beberapa teknik ‘berat’ dengan mengaplikasi 7 teknik yang boleh diamalkan setiap kali anda malas untuk mekap tapi mahu nampak berseri! (macam mana tu?)
SOALAN: Macam mana nak nampak wajah berseri tapi tak perlu bersolek tebal?
JAWAPAN:
#1 Guna concealer – Malas nak sapu keseluruhan wajah dengan foundation? Tutup sahaja cela wajah dengan menggunakan concealer. Terutamanya dibawah mata, tepi hidung dan parut jerawat.
#2 Maskara – Hidupkan kembali mata dengan maskara. Bukaan mata bertambah lagak dan tak perlu bercelak tebal.
#3 Garis air mata – Biasa pakai celak atas alis mata, kali ini ambil pensil mata warna cerah seperti nude atau putih untuk diwarnakan pada garis air mata. Teknik itu boleh mengubah bentuk mata jadi lebih besar tau.
BACA: 5 Steps To Follow! Jurusolek Ajar Cara Senang Buat Mata Sepet Nampak Besar
#4 Kening jangan lupa – Kening tebal? Sikat bulu kening biar rapi dan untuk si kening nipis, lukis sikit bentuk kening dan tambah warna dalam garisan kening terutamanya dibahagian hujung.
#5 Bronzer – Tukar muka pucat anda dengan menyapu bronzer di bahagian tulang pipi dan garis rambut (dahi). Anda boleh guna shimmering bronzer untuk hasil lebih mengagumkan. Setiap sapuan bronzer boleh menaikkan seri dan struktur wajah.
#6 Pakai gincu berglos – Ramai kini lebih menyukai gincu jenis matte tapi dari pendapat penulis, gincu jenis glos lebih sesuai untuk hasil segar. Tekstur berkilat dan lembab buat bibir nampak sihat sekaligus senyuman anda juga jadi menarik!
#7 Bawa setting spray – Bekalan paling penting untuk kulit wajah dan mekap kekal segar serta terhidrasi ialah setting spray. Tak tahu apa itu setting spray? Baca: Kenapa Wajib Pakai “Setting Spray” Lepas Mekap?
Penulis suka mekap segar Beyonce dalam muzik video Countdown. Secalit glos yang banyak membantu!