Baru sahaja nak bermimpikan wajah bersih tanpa cela tiba-tiba datang pula kawan baru.
Memang naik angin betul kalau tumbuh jerawat yang memang langsung tidak diundang. Lagi menyakitkan hati bila ia tumbuh di kawasan yang mudah nampak yakni di pipi, dahi, dagu atau atas hidung! Kalau hendak di cover menggunakan mekap takut ia menjangkiti pada kawasan kulit yang lain.
Jangan risau, jerawat yang baru naik boleh dihilangkan dengan mudah dan pantas hanya dengan satu malam. Belum sempat ia jadi jerawat masak ranum, ayuh kita sama-sama tumpaskan ia!
#1 Guna ais
Cara ini bagus bila jerawat masih kemerahan atau baru naik. Ambil kain dan ais, tuam dibahagian yang bermasalah. Cara ini perlahan-lahan mengurangkan kemerahan dan bengkak jerawat.
#2 Sapu dengan Vitamin E
Jika anda ada mengambil kapsul Vitamin E cuba gunakan ia untuk menyapu pada bahagian berjerawat. Kuasa Vitamin E boleh mengecutkan jerawat hanya dalam satu malam.
#3 Cuka epal pun boleh
Senang, campurkan cuka epal bersama sedikit air. Kemudian letakkan kapas (seperti anda pakai toner) dan letakkan pada kulit yang naik jerawat. Cuka mampu mengeringkan jerawat sekaligus membasminya dari naik semula.
#4 Macam biasa, ubat gigi paling simple
Kalau anda nak ubat gigi boleh tapi ia tidak disyorkan selalu. Hanya guna satu atau dua kali sahaja untuk mendapatkan hasil. Ubat gigi boleh menyebabkan iritasi dan kekeringan kulit. Jadi jangan nak mengada-ngada menyapu ubat gigi pada seluruh wajah pula. Baca: 12 Kegunaan Ubat Gigi Selain Membersih Oral
#5 Ubat jerawat?
Apa susah sangat, beli sahaja produk yang boleh mengecutkan jerawat. Baca: Wajib Guna! Ini Produk Terbaik Untuk Mengecutkan Jerawat
Okay, dah boleh ucap selamat tinggal jerawat!