Info Menarik

Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

Pasangan bercinta pasti teruja untuk melangkah alam seterusnya iaitu pertunangan! 

Hadiah yang paling utama untuk disediakan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan ialah sebentuk cincin sebagai tanda pertunangan. Malah ada juga pasangan yang menyedia dua buah cincin dan biasanya ia terdiri dari cincin merisik (cincin belah rotan) dan cincin batu permata (cincin tunang). 

Bila dah dapat dua cincin ini pasti ada yang keliru, seeloknya jari mana yang hendak disarung. Bukan apa, setiap pemakaian punya maksud tersendiri. Lebih-lebih lagi kita orang Melayu yang penuh dengan adat resam. 

Tak kisahlah anda sudah menjadi tunangan orang, bakal atau masih mencari jodoh. Mari Wanista ajar cara betul dan tepat pakai cincin tunang dan merisik. 

TIPS: Bila bertunang, cincin mesti di pakai jari tangan kanan. 

#1 Cincin tunang (jari manis kanan), cincin merisik (jari manis kiri)
Foto – arkib Wanista.com
#2 Cincin tunang (jari manis kanan), cincin merisik (jari tengah kanan)
Foto – arkib Wanista.com
#3 Cincin tunang (jari manis kanan). cincin merisik (jari kelinking kanan)
Foto – arkib Wanista.com
#4 Cincin tunang, cincin merisik (jari manis kanan) 
Foto – arkib Wanista.com

Kalau selama ini salah pakai, cuba tukar jari ya…