Setiap kali Lee Jong Suk bergandingan dengan pelakon wanita, tidak kira yang senior mahupun junior, keserasian yang ditonjolkan pasti menjadi, sehingga ada masanya membuatkan kita penonton tertanya-tanya ‘adakah mereka berdua ini bercinta’.
Seperti dalam drama While You Were Sleeping, bergandingan bersama Bae Suzy. Chemistry mereka berdua cukup menjadi dan terkesan. Dan kerana itu, mereka berdua berjaya membawa pulang anugerah Pasangan Terbaik di 2017 SBS Drama Awards untuk watak Nam Hong Joo dan Jung Jae Chan.
Ketika berucap, MC Shin Dong Yup sempat mengusik pasangan ini tentang bagaimana mereka mengembangkan perasaan dari semasa ke semasa untuk drama itu, memandangkan mereka nampak benar-benar seperti sedang bercinta.
Untuk soalan itu, Lee Jong Suk membuatkan Suzy bertambah cair dengan jawapannya.
“Suzy adalah wanita paling cantik di Korea yang pernah saya lihat. Jadi, saya jatuh cinta dari semasa ke semasa,” jelasnya.
Manakala Suzy pula merasakan Lee Jong Suk seorang lelaki yang baik dan dia benar-benar dibuai dengan kebaikan pelakon 28 tahun itu ke dalam wataknya.
Nampaknya Suzy ni mudah ‘cair’ dengan lelaki. Apapun chemistry mereka memang best walaupun penulis sebenarnya lebih menyukai Jung Have In yang memegang watak sebagai Han Woo-tak, seorang anggota polis yang dalam diam menyimpan perasaan terhadap Nam Hong Joo.