Yang putih juga yang orang nak!
Ini terbukti apabila perkhidmatan penutihan zakar disediakan di sebuah klinik di Bangkok berjaya menarik 100 pelanggan sebulan, bahkan menjadi kegilaan terbaru di negara Thai itu.
Ia dipercayai dimulakan Hospital Lelux yang terkenal dengan rawatan pemutihan anggota badan sejak enam bulan lalu apabila seorang lelaki mengadu alat sulitnya berwarna terlalu gelap.
Pengurus Jabatan Kulit dan Laser hospital terbabit, Bunthita Wattanasiri, berkata rawatan berkenaan menjadi popular selepas itu dengan purata 100 pelanggan sebulan.
Prosedur pemutihan menggunakan teknologi laser itu menjadi pilihan ramai selepas foto pelanggan yang menjalani rawatan dimuat naik dalam internet. Proses ini berharga sekitar US$650 untuk lima sesi.
“Kami perlu berhati-hati kerana ia anggota sensitif pada tubuh,” kata Bunthita sambil menambah, sebahagian besar pelanggan berusia antara 22 hingga 55 tahun.
Hurmmm macam-macam hal pula!