Pasangan kekasih sensasi Bollywood, Deepika Padukone dan Ranveer Sing dikatakan telah bertunang ketika percutian bersama di Maldives bulan lalu. Kini mereka pula diperkatakan sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan.
Khabar angin tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi peminat. Ada diantara mereka tidak mempercayai kesahihan berita tersebut dan ada pula teruja menanti pengumuman.
Menurut dari sumber yang menghubungi agensi wakil Ranveer Singh, mereka menolak dakwaan telah bertunang sekeras-kerasnya. YRF Talent juga menjelaskan, Deepika dan Ranveer pergi bercuti bersama keluarga untuk menyambut tahun baru dan tidak pergi berdua.
Deepika dan Ranveer telah bercinta selama lima tahun sejak pertama kali berjumpa di set filem Goliyon Ki Raasleela Ram Leela pada 2013. Mereka telah berganding dalam filem seperti Bajirao Mastani dan akan datang filem kontroversi Padmavati.