Tips - Fesyen

Trend Fesyen 2018: Pastikan Pakaian Ini Ada Dalam Almari Korang

Izzah Azizah
/

Beauty Enthusiast. Instagram: @izzahabaziz

Trend Fesyen 2018: Pastikan Pakaian Ini Ada Dalam Almari Korang

Takut pula apa yang dipakai sudah lagi tidak relevan pada minggu pertama 2018. Iyalah, industri fesyen biasanya pantas bertukar, siapa lambat dia loser

Berfesyen kadangkala tidak semua benda kita perlu yang baharu, cukup mengetahui apa yang kembali menjadi trend. Jadi pastikan anda sentiasa alert tentang pakaian yang masih in atau tidak untuk digayakan. Cuba lihat dalam almari anda, sudah ada atau belum beberapa helaian yang bakal menggegarkan 2018. 

Dari segi warna, jenis fabrik, aksesori atau outerwear ini yang perlu anda…. 

#1 Warna Ungu 
Foto – The Independent

 Pantone telah mengumumkan warna perdana tahun ini ialah Ungu! Beruntung jika anda sudah memiliki helaian dengan cetakan warna ungu atau apa sahaja aksesori dalam warna magis ini. Siapa yang mahu gayakan warna ungu dari atas hingga bawah, tak jadi masalah pun. 

#2 Color-blocking
Foto – Sydne Style

Kurang gemar warna ungu? Jangan risau, anda masih boleh tampil dengan rekaan kreatif color-blocking. Mainkan warna dominan seperti kuning, merah dan biru dalam satu looks atau anda boleh gunakan variasi warna pastel untuk mencipta cara baharu dalam color-blocking

#3 Kilauan
Foto – Express Trainers

Labuci, manik-manik dan fabrik berkilau jangan di buang! Tak kiralah blaus, kemeja atau beg tangan anda yang anda perincian berkilat jom kita sama-sama rock it sepanjang 2018. 

#4 Fabrik jarang
Foto – Fashion Trend

Yup, jika lihat mana-mana butik fesyen seperti Zara atau H&M kebanyakan telah banyak mengeluarkan rekaan dari fabrik jarang. Buat anda si hijab hati-hati ya!

#5 Rambu-rambu
Foto – KIKA/WENN.com

Sukanya bila tahun ni dapat pakai rambu-rambu. Lupakan rambu-rambu dari kulit, apa kata kali ini kenakan rambu-rambu dari perincian manik atau fabrik metalik. Lagi wow dari biasa.

RUJUKAN

Komen Anda