Ohhh no!
Berita yang cukup menyesakkan berlaku di tahun baru ini apabila seorang doktor rebah meninggal dunia ketika sedang merawat pesakit kerana bekerja tanpa henti selama 18 jam.
Dilaporkan, doktor berusia 34 tahun meninggal dunia akibat strok selepas berkerja selama 18 jam tanpa henti di sebuah hospital di China. Dr. Zhao Bianxing, yang berasal dari Daerah Shanxi dikatakan rebah didalam wad pesakitnya pada tengahari, 29 Disember sebelum diberi rawatan kecemasan. Dia disahkan mati pada 30 Disember selepas rakan sejawatnya gagal untuk menyelamatkannya.
Menurut seorang rakan, Dr. Zhao mula bekerja pada jam 6 petang pada 28 Disember, dan selesai melihat pesakit luar sekitar tengah malam sebelum memulakan pemeriksaan bilik wad hospital.
“Dr. Zhao sedang memeriksa pesakit di wad dan dia tiba-tiba pengsan. Denyut jantungnya juga berhenti cepat dan dia segera digegaskan ke unit rawatan intesif,” jelasnya.
Selepas 20 jam bertarung nyawa, mereka tidak dapat menyelamatkan Dr. Zhao. Pada 30 Disember 2017, Dr. Zhao meninggal dunia selepas disahkan mengalami strok yang jarang berlaku akibat daripada pendarahan di permukaan otak.