Apa lagi yang tak kena dengan Taylor Swift?
Jika anda perasan sudah agak lama girls squad TS tidak bergambar bersama atau melakukan aktiviti bersama. Sejak sibuk dengan aktiviti promosi dan konsert album ‘Reputation’ Taylor Swift seolah-olah lebih suka menyendiri.
Karlie Kloss yang merupakan teman didalam girls squad antara yang paling lama tidak muncul bersama TS sejak November 2016! Ada ura-ura mengatakan mereka tidak lagi berkawan tapi betul ke?
Lagi memburukkan kenyataan apabila Karlie memuatnaik kapsyen “Swish Swish” beserta video kempen kalendar LOVE Advent. Perkataan ‘Swish Swish’ dikatakan gelaran yang diberi oleh musuh TS kepadanya iaitu penyanyi Katy Perry.
Namun sejurus dari itu, Karlie menerima banyak komen negatif terutamanya dari peminat TS (Swifties). Sejurus dari itu, model Victoria’s Secret menukar kapsyen “Nothing but net.”
Jadi kisah dua sahabat lama ini menjadi tanda tanya peminat adakah mereka masih lagi berkawan atau tidak. Menurut dari US Weekly, TS dan Karlie Kloss tidak mempunyai sebarang masalah dan dikatakan masih lagi rapat seperti dahulu dan saling menghormati.
Maksud ‘swish’ ialah bunyi yang digunakan dalam permainan bola keranjang, apabila bola masuk ke dalam jaring.