Kata pepatah Melayu, ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana (binasa)’. Ia merupakan peringatan bahawa mengucapkan perkataan yang tidak baik boleh mendatangkan bencana kepada diri sendiri.
Perkara ini terjadi kepada seorang Youtuber Logan Paul digelar kurang sensitif selepas berkongsi video dia bergurau senda bersama rakannya sebelah mayat yang ditemui di hutan Aokigahara di dasar Gunung Fuji – tempat bunuh diri yang terkenal di Jepun.
https://www.youtube.com/watch?v=NNwmF1HF4JY
Kerana itu, youtuber muda yang mempunyai 15 juta pengikut di Youtube telah mencetus kemarahan netizen selepas menyiarkan video mayat mangsa bunuh diri di Jepun.
Susulan itu, netizen mengecam tindakan bintang YouTube itu dengan menyifatkan ia sebagai bodoh dan angkuh. Mereka menyoal kewarasan Paul dalam menyiarkan mayat mangsa bunuh diri tanpa menghiraukan perasaan ahli keluarga atau rakannya.
Video tersebut bagaimanapun telah dipadamkan oleh Paul. Paul kemudian memohon maaf menerusi akaun Twitter dan berkata dia tidak melakukan perkara itu untuk ‘likes’ malah hanya mahu menyebarkan kesedaran mengenai bunuh diri.
Lain kali pergi tempat orang, please jaga adab… Dah macam ni baru terkial-kial nak menyesal minta maaf bagai…