Wanita mana yang tidak gembira apabila setelah lama bercinta akhirnya dilamar oleh kekasih.
Paris Hilton sekali lagi mengumumkan telah bertunang dengan teman lelaki, Chris Zylka apabila dia telah dilamar secara romantik dipergunungan salji Aspen, Colorado.
Pengumuman tersebut dibuat melalui akaun Instagram dengan memuatnaik gambar romantik bersama cincin bertatahkan berlian dijari manis Paris.
Bukan sahaja berita tersebut menarik minat peminat, cincin putih berlian yang dirias dijari Paris terusan menjadi bualan.
Menurut sumber, cincin tersebut bernilai lebih dari $2 juta bersamaan lebih dari RM8 juta. Cincin emas putih diletakkan batu berlian berbentuk ‘V’ mempunyai 22 karat. Paris begitu teruja apabila melihat cincin pertunangan dan sangat menghargainya.
https://www.instagram.com/p/BddbWwbHA0-/?taken-by=parishilton
Namun harga cincin tunang barunya ini tidak dapat menandingi harga cincin bekas tunang ketika beliau bersama Paris Latsis. Nilai cincin dari Paris Latsis dua kali ganda dari Chris Zylka iaitu $4.7 juta. BACA: 12 Cincin Pertunangan Selebriti Paling Mahal Di Dunia.
Paris yang juga pewaris legasi Hotel Hilton pernah menjalani lebih dari 10 hubungan cinta. Diharapkan hubungan bersama Chris yang terakhir kerana beliau juga mahukan sebuah keluarga seperti adiknya, Nicky Hilton.
Tahniah Paris Hilton dan pasangan, pasti majlis perkahwinannya nanti penuh dengan ‘bling-bling’!