D.I.Y

Idea Doorgift? Cuba DIY Lolipop Lutsinar Yang Cantik Ni, Mesti Kanak-Kanak Suka

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Idea Doorgift? Cuba DIY Lolipop Lutsinar Yang Cantik Ni, Mesti Kanak-Kanak Suka

Ramai yang menggemari lolipop. Tidak kiralah kanak-kanak mahupun dewasa, rasanya yang manis boleh menimbulkan perasaan yang ceria dan bersemangat. Tetapi terdapat satu lolipop ini bukan sahaja nampak sedap bahkan juga cantik, menyebabkan kita rasa sayang nak makan. Bagaimana rupanya?

IKLAN

Bagi seorang bakery yang bernama Janet Best memiliki caranya yang tersendiri untuk menghasilkan karya seni yang mengagumkan, mengawetkan bunga untuk diisi di dalam lolipop lutsinar.

Foto – Youtube

Janet telah menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dan bunga yang boleh dimakan. Meskipun bunga-bunga yang diawet boleh dimakan, lolipop lutisnar ciptaan Janet juga menggabungkan perisa makanan seperti lemon, blueberry, tembikai dan banyak lagi.

Foto – Youtube

Lagi satu nak beritahu, lolipop bunga ini juga boleh dijadikan doorgift untuk para tetamu di majlis perkahwinan. Bukan sahaja proses pembuatannya semudah ABC malah bahan-bahan penyediaan juga mudah didapati dan murah.

Foto – Youtube

Untuk video penuh, boleh tonton tutorial di bawah..

Mudahkan? Paling best kalau korang bergotong-royong dengan sanak saudara hasilkan lolipop lutsinar untuk diberikan kepada tetamu yang hadir ke majlis bahagia.

Selamat Mencuba!

IKLAN