Tahun baru si cantik Jessica Alba lebih bermakna dengan tambahan ahli dalam keluarganya.
Pelakon dan usahawan mengumumkan di Instagram bahawa dia dan suaminya, Cash Warren selamat menyambut anak ketiga mereka. Diberi nama Hayes Alba Warren, baby boy comel ini merupakan anak lelaki pertama untuk pasangan segak ini.
Alba berkongsi foto indah berserta dengan kapsyen paling manis;“Best gift to ring in the New Year!! Cash and I feel so blessed. Haven and Honor are already obsessed with their new baby bro. ??? #familyof5,”
Bukan si isteri sahaja yang teruja, malah si suami turut merakamkan momen bahagia malah berkongsi bersama pengikutnya di Instagram.
Mesti si kecil ni comel dan kacak macam ibu bapanya nanti… Apapun, congrats to the happy family!