Biarpun cara penyaran PayWave sudah pun dilaksanakan, masih ramai yang ragu-ragu dengannya dan terus menggunakan servis pembayaran kad cara lama iaitu dengan memasukkan kad kredit atau debit tersebut ke slot mesin kad kredit yang juga dikenali sebagai terminal kad kredit.
Biarpun begitu, berapa ramai yang sedar sebenarnya cara itu juga berisko untuk ‘memakan’ duit anda secara tanpa sedar gara-gara ditipu oleh peniaga? Ayuh Wanista rungkaikan caranya, bagaimana anda boleh memastikan yang kad kredit sentiasa berada dalam keadaan selamat sekaligus memelihara wang simpanan ada di dalamnya.
Mesin Terminal Kad Kredit Biasanya Bersaiz Serdehana
Jika ianya kecil atau lebih besar daripada saiz mesin biasa, anda mungkin berisiko untuk ditipu dan kehilangan jumlah wang di dalam kad tersebut.
Perhatikan juga kalau-kalau kad anda termasuk penuh seperti di dalam gambar, itu bermakna kad anda berada dalam bahaya dan diri anda mungkin ditipu.
Butang Pada Mesin Tidak Bercahaya Atau Kelam Warnanya
Peniaga yang menggunakan mesin kad kredit palsu biasanya boleh dikesan menerusi keadaan butang atau punat penekan angka yang berwarna kelam atau tidak bercahaya.
Tidak Ada Cahaya Hijau
Rata-rata kes penipuan mesin kad kredit mendapati, lampu hijau yang sepatutnya menyala (pada bahagian atas mesin) ketika operasi pembayaran dilakukan adalah tidak menyala.
Terlalu Banyak Kesalahan Berlaku Semasa Pembayaran
Kebiasaannya peniaga yang cuba menipu akan sengaja menimbulkan kesalahan sewaktu transaksi menggunakan kad dilakukan. Apabila kad sudah diimbas beberapa kali melebihi 3 hingga 4 kali tetapi masih tidak berjaya melakukan transaksi, itu mungkin tandanya anda sedang ditipu dan wang di dalam akuan anda berada dalam keadaan bahaya!
Oleh itu, berhati-hati dan perhatikan ciri-ciri tersebut sebelum meneruskan transaksi menggunakan kad okay?
Selamat beramal! ❤️