Pernahkah anda berdepan dengan perhubungan di mana pasangan lelaki anda itu seolah-olah berkelakuan pelik? Umpama mereka itu robot yang dicipta semata-mata untuk mengelirukan hati wanita.
Jangan risau kerana hal itu tidak akan berterusan untuk jangka masa yang panjang kerana di sini Wanista sudah kenal pasti beberapa ciri lelaki yang gemar mempermainkan hati wanita.
#1 Hilang Tanpa Khabar Tetapi Tiba-Tiba Muncul Kembali
Apa yang berlaku: Dia menghantar teks pesanan atau email atau menelefon anda setelah sekian lama menghilangkan diri.
Fikiran anda: Mungkin terlalu sibuk dan tiada masa untuk saya. Dia mungkin diculik atau sesuatu yang buruk telah berlaku terhadap dirinya. Mungkin juga, dia sedang mengambil masa rehat yang panjang untuk memikirkan tentang saya walaupun sudah lama tidak behubung.
Maksud sebenar: Yup, dia mengandai sama ada anda masih mencintainya atau tidak dan apakah anda masih hidup ketika ini.
#2 Dia Mulakan Dahulu Namun Kemudian Dibiar Tergantung
Apa yang berlaku: Dia yang memulakan perbualan namun selepas beberapa ketika lesap dan membiarkan perbualan itu tergantung sepi.
Fikiran anda: Dia mungkin sedang berdepan dengan kesibukan atau sebarang hal kecemasan. Mungkin juga bateri telefonnya mati tiba-tiba.
Maksud sebenar: Dia cuma mahu mengingatkan anda tetang dirinya dan mahu tahu kalau-kalau anda sudah melupakan kemarahan lampau dan sudah berbaik dengannya semula.
#3 Tak Pernah Berusaha Untuk Bertemu
Apa yang berlaku: Anda dan si dia berkenalan secara atas talian menerusi media sosial tetapi tidak pernah berjumpa depan-depan dan apabila diajak, dia akan cuba mengelat.
Fikiran anda: Dia mungkin seorang lelaki yang sopan dan terlalu takut untuk berhadapan dengan perempuan. Mungkin juga dia belum sanggup untuk menunjukkan komitemen sebenar serta belum bersedia bertemu dengan perempuan yang dirasanya cukup sempurna seperti anda.
Maksud sebenar: Dia tidak mahu berjumpa dengan anda kerana langsung tidak tertarik dengan anda secara fizikal. Anda mungkin cuma tempatnya untuk melepaskan rasa bosan dan keseorangan…. bukannya untuk bercinta secara serius.
#4 Dia Mempergunakan Anda Dengan Teknik Ugutan
Apa yang berlaku: Buat anda rasa bersalah meskipun pada awalnya anda dan dia baik-baik sahaja sebelum dia kemudian hilang entah ke mana.
Fikiran anda: Mungkin dia perlukan lebih banyak masa atau dia mungkin sengaja menguji tahap kesabaran saya. Pada hari-hari yang akan datang, dia pasti akan berbaik semula dengan saya.
Maksud sebenar: Dia sebenarnya tidak sukakan anda dan tidak mahu anda sebagai pasangan untuk perhubungan jangka masa panjang.
#5 Dia Berlumba Dengan Lelaki Lain Yang Sukakan Anda Untuk Menjadi Hero
Apa yang berlaku: Dia hanya muncul apabila ada lelaki lain yang cuba mendekatinya diri anda.
Fikiran anda: Dia mungkin seorang yang cemburu dan mahu merubah dirinya untuk jadi yang terbaik di mata saya semata-matamahu mengambil hati kerana dia benar sukakan saya atau takut kehilangan saya.
Maksud sebenar: Dia memang jenis lelaki yang gemarkan persaingan kerana baginya, hubungan yang tidak ada persaingan adalah suatu perhubungan yang kosong (bosan).
#6 Dia Mencari Hubungan Yang ‘Istimewa’ Tetapi Bukanlah Cinta
Apa yang berlaku: Dia mencadangkan hanya mahu berkawan buat masa ini tetapi masih tetap bersifat ‘gatal’.
Fikiran anda: Mungkin dia tidak sendar yang sebenarnya dia cintakan saya atau tidak mahu tergopoh-gopoh dalam berhubungan ini.
Maksud sebenar: Dia tahu yang anda mencintainya tetapi padanya, dia cuma mahu berseronok dengan bercinta secara main-main begini. Lama-kelamaan nanti dia akan bosan seterusnya mencari perempuan lain dan tidak memerlukan anda lagi.
#7 Tidak Menghabiskan Masa Dengan Anda Bahkan Hanya Akan Muncul Bila Dia Perlukan Sesuatu
Apa yang berlaku: Anda dan dia selalu jarang berjumpa. Boleh dikira berapa kali sahaja dalam masa sebulan.
Fikiran anda: Mungkin dia sibuk dan hanya akan berjumpa bila dia ada masa lapng nanti.
Maksud sebenar: Dia adalah lelaki yang suka mengambil kesempatan terhadap kebaikan dan kepercayaan yang anda berikan kepadanya. Lambat-laun, dia boleh pergi sesuka hati bila-bila masa apabila dia sudah menemui pengganti baru yang jauh lebih sempurna daripada anda serta boleh memberikan segala yang tidak boleh diberikan oleh anda kepadanya.
#8 Tidak Pernah Memperkenalkan Anda Kepada Keluarga & Teman-Temannya
Apa yang berlaku: Anda dan dia memang pasangan bercinta tetapi dia tidak pernah membawa anda untuk berkenalan lebih rapat dengan kaum keluarga serta sahabat handainya.
Fikiran anda: Mungkin dia tidak mahu memalukan saya atau mungkin juga dia risau yang saya tidak boleh menerima cara keluarganya.
Maksud sebenar: Anda bukanlah insan yang terpenting dalam hidupnya seperti disangka. Malah, dia tidak mahu keluarganya fikir yang anda ini adalah insan yang istimewa dalam hidupnya. Dia belum lagi nampak arah tuju dirinya bersama dengan anda untuk jangka masa yang panjang.
#9 Dia Layan Anda Seperti Kawan
Apa yang berlaku: Anda berbicara menerusi atas talian selama ini dan dalam masa yang sama selalu juga berjumpa. Tetapi tiada langsung unsur-unsur romantik yang berlaku antara anda dan dia.
Fikiran anda: Dia cintakan saya tetapi luka hatinya daripada perhubungannya sebelum ini masih belum sembuh. Oleh itu saya akan cuba perlahan-lahan mendekatinya tanpa memaksa dia. Dari situ, mungkin dia akan faham yang saya sayangkannya.
Maksud sebenar: Anda memang kawan yang baik dan dia memang selesa dengan anda tetapi anda bukanlah teman wanitanya. Dia menganggap anda tidak lebih daripada seorang kawan.
#10 Dia Tidak Mahu Berbincang Tetang Masa Depan Bersama
Apa yang berlaku: Apabila anda cuba bercerita tentang perancangan masa hadapan dengannya, dia mengelat dan adakalanya akan marah seolah-olah anda terlalu memaksa.
Fikiran anda: Mungkin anda bukanlah calon yang dikehendakinya. Dia masih selesa untuk hanya bercinta dan belum memikirkan tentang langkah yang seterusnya dalam perhubungan ini.
Maksud sebenar: Ya, dia fikir anda bukanlah calon yang sesuai untuk dia menjadikan isteri atau ibu kepada anak-anaknya. Dia lebih gemar bercinta secara kasual begini. Mungkin juga dia mempunyai masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan seperti halangan dariapda keluarga mahupun kekangan kewangan.
RUJUKAN