Info Menarik

Ada Apa Dengan Kapal Terbang? 10 Fakta Unik Si Kaki Travel Kena Tahu

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Ada Apa Dengan Kapal Terbang? 10 Fakta Unik Si Kaki Travel Kena Tahu

Setiap pekerjaan mempunyai rahsianya yang tersendiri dan ini termasuklah bidang penerbangan.

Jika sepanjang hidup anda menyangka kapal terbang itu hanyalah pengangkutan udara yang membosankan, ini beberapa fakta yang anda perlu tahu berkenaan kapal terbang serta individu yang bekerja di dalamnya. Ayuh Wanista kongsikan…

#1 Oksigen kecemasan hanya untuk 15 minit

Sumber: National Transportation Safety Board/flickr

Oksigen daripada topeng kecemasan ini hanya dapat mampu bertahan selama 15 minit. Jika waktu kecemasan melebihi daripada tempoh 15 minit, penumpang mungkin pengsan dan tidak sedarkan diri apabila terlalu panik dan sesak nafas.

#2 Kapal Terbang Lakukan Pendaratan Kuat ‘Kasar’ Walau Tiada Kecemasan

Sumber: depositphotos

Adakalanya pendaratan yang mengejut bukanlah dilakukan kerana juruterbangnya yang tidak bertauliah (tidak tahu melakukan pendaratan lancar) tetapi adalah mustahak untuk mendarat dengan kasar semasa waktu hujan kerana kapal terbang perlu memastikan bahawa tayarnya menghentak kuat pada permukaan jalan supaya dapat ‘memecahkan’ lopak air agar bisa mendarat dengan selamat tanpa berlaku geliciran.

#3 Pakaian Pengaruhi Keselesaan Dalam Kapal Terbang

Sumber: brightside.me

Apabila di atas kapal terbang, pakailah pakaian yang memudahkan tubuh untuk bernafas dan selesa. Elak memakai pakaian yang ketat kerana ia boleh menyebabkan terjadi darah beku di beberapa bahagian saluran darah dalam tubuh, lebih-lebih lagi ketika penerbangan jauh. Pakaian longgar yang dibuat daripada fabrik kapas juga membantu anda untuk tidur dengan lena. Jangan lupa bawah sekali penutup mata dan telinga.

#4 Makanan Tak Sedap Bukan Salah Tukang Masak

Lazimnya kita memang sering berhadapan dengan situasi makanan kapal terbang yang seolah tidak berasa hingga membuatkan kita jadi tidak berselera. 

Sumber: depositphotos

Ketahuilah apabila berada di atas awan, deria rasa termasuklah deria bau kita akan terpengaruh untuk terjejas. Jadi, makanan yang kita rasa tidak sedap itu bukanlah kerana rasanya yang hambar tetapi disebabkan deria rasa kita yang sedang bermasalah.

#5 Pramugari Ganti Tempat Juruterbang Bila Ketiadaan Mereka

Sumber: depositphotos

Dalam sesebuah situasi yang hanya mempunyai satu juruterbang, apabila juruterbang tersebut mahu berehat sebentar atau pergi ke tandas, akan ada seorang pramugari yang menggantikan tempatnya di bahagian kokpit. Ini bagi memastikan supaya peristiwa pintu kokpit terkunci daripada dalam dapat dielakkan sebagai langkah berjaga-jaga.

#6 Orang Biasa Tidak Mampu Mendaratkan Kapal Terbang

Walaupun orang itu genius dan berkebolehan tinggi sekalipun, mendaratkan kapal terbang memerlukan kemahiran yang unik. Tidak semua mampu mendaratkan kapal terbang dengan lancar dan adakalanya, juruterbang yang sudah berpengalaman pun menghadapi kesukaran untuk mendaratkan kapal terbang secara sempurna.

Sumber: depositphotos

Daya fokus minda dan mata perlu bergabung dengan pergerakan tangan serta keadaan mesin di dalam kokpit itu sendiri, barulah ia dapat mendarat dengan lancar.

#7 Penting Untuk Pakai Kasut Yang Kukuh

Bayangkan jika kapal terbang melakukan pendaratan kecemasan yang bakal menurunkan anda di laut, di kawasan padang pasir yang panas atau di kawasan hutan belantara, tidaklah kaki anda kesakitan mahupun cedera.

Sumber: depositphotos

Oleh itu, dinasihatkan untuk pakai kasut yang kukuh reka bentuknya supaya dapat melindung kaki senantiasa.

#8 Juruterbang Dilarang Berjanggut Tebal

Ada syarikat penerbangan yang menghalang juruterbangnya untuk membela janggut yang tebal kerana topeng oksigen hanya mampu berfungsi dengan baik untuk menyalurkan oksigen kepada si pemakai apabila ia melekap penuh pada bahagian muka. Ini adalah untuk faktor keselamata kalau-kalau berlaku sebaarng kecemasan yang tidak diduga.

Sumber: depositphotos

#9 Suhu Sejuk Untuk Stabilkan Kesihatan Penumpang

Menurut sebuah kajian, suhu mempunyai hubung kait yang rapat dengan tekanan di dalam kapal terbang yang bisa mencetuskan ketidaksedaran dalam kalangan penumpang disebabkan oleh gejala “hypoxia”. Hypoxia biasanya disebabkan oleh oksigen yang tidak cukup di dalam tisu tubuh dan biasanya ia berpunca daripada keadaan kabin yang panas.

Sumber: depositphotos

Oleh sebab itu, udara dan cuaca dalam kapal terbang sengaja dibiarkan sejuk. Pastikan anda membawa baju sejuk bersama in order to keep your body warm okay?!

#10 Isyarat Jika Perkara Buruk Berlaku Dalam Kapal Terbang

Sumber: depositphotos

Jika sesuatu yang buruk berlaku dalam kapal terbang termasuklah jika kapal terbang tersebut sedang dirampas atau dikawal oleh pengaruh penjenayah, juruterbang akan memberi isyarat kepada pihak di lapangan terbang dengan membiarkan satu bahagian pada sayap kapal terbang dinaikan walaupun sudah mendarat dengan selamat.

RUJUKAN

Komen Anda