Fesyen, Pilihan

Tips Cari Bingkai Kaca Mata Sesuai Ikut Bentuk Muka

Afiqah Syamin
/

Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️

Tips Cari Bingkai Kaca Mata Sesuai Ikut Bentuk Muka

Kita sebagai manusia dilahirkan dengan pelbagai bentuk muka. Kepada mereka yang mempunyai masalah penglihatan, rabun jauh dan dekat sehingga memerlukan anda untuk memakai kaca mata, ini dia tips bagaimana caranya untuk memilih bingkai kaca mata yang bersesuaian dengan bentuk muka.

Mungkin anda akan rasa perkara ini remeh. Tetapi, walaupun kaca mata merupakan sesuatu keperluan, ianya juga menjadi sebahagian daripada aksesori, tambahan pula jika anda harus memakai kaca mata pada setiap masa tak kira waktu.

Oleh itu, pemilihan bingkai kaca mata yang betul dan berpadanan atau seimbang dengan bentuk wajah anda haruslah diambil kira jikalau anda nak kelihatan cantik dan bergaya sentiasa.

Kalau anda sedang berkira-kira untuk membeli sepasang kaca mata hitam, anda pun boleh menggunakan tips ini!

Mari lihat, bentuk bingkai bagaimanalah agaknya yang sesuai dengan bentuk wajah kita.

1. Bentuk Muka Bulat

7706252460_dffc51eeb0

Untuk bentuk muka yang bulat, sila pilih bingkai yang agak bersegi. Bingkai kaca mata yang bersegi dapat melembutkan garisan bulat yang ada pada sekeliling wajah anda. Disamping itu, ia juga dapat memberi ilusi seolah wajah anda lebih tirus dan runcing. Elakkan memakai bingkai yang juga berbentuk bulat atau bujur kerana ini akan membuatkan anda kelihatan seperti kartun animasi Minions!

2. Bentuk Muka Segi Empat

Square

Khas untuk mereka yang mempunyai raut wajah bersegi, bingkai kaca mata yang berbentuk lebih bulat atau bujur adalah pilihan yang sepadan untuk anda. Anda juga boleh memakai bingkat kaca mata berbentuk mata kucing yang digelar ‘cat eye’ !

3. Bentuk Muka Seperti Hati

Heart

Bentuk muka seperti hati adalah mereka yang mempunyai ruang dahi lebih luas manakala dagu yang agak runcing dan bersaiz kecil. Apabila bentuk muka mereka dilihat secara terbalik pula, ia seolah menyerupai segi tiga. Jika anda rasa anda adalah salah seorang yang mempunyai wajah berbentuk hati, cuba gayakan bingkai cermin mata yang lebih ringkas dan tidak serabut kerana bahagian atas muka anda sudah cukup luas. Cermin mata tanpa bingkai atau berbentuk rama-rama mirip ‘cat eye’ adalah yang terbaik.

4. Bentuk Muka Bujur Sirih

Oval

Sesiapa yang mempunyai raut wajah berbentuk bujur sirih, anda tersangatlah beruntung. Anda bisa menggayakan hampir kesemua rekaan dan bentuk bingkai kaca mata yang ada dipasaran dek kerana bentuk wajah anda yang begitu rapi dan seimbang.

Untuk lebih kesempurnaan, cari bingkai kaca mata yang sama lebar dengan bentuk wajah anda. Tetapi, elakkan memakai bingkai yang terlalu besar dari wajah anda. Periksa jika mata anda berada betul-betul ditengah cermin tatkala anda memakai kaca mata.

Selamat Berkacata Mata!

SUMBER

Komen Anda