Leceh bukan jika perlu bawa banyak beg ketika mengembara samada untuk tujuan melancong atau kerja. Sebenarnya, satu beg sahaja pun sudah mencukupi jika anda tahu caranya. Selain lebih ringan dan mudah, travel dengan hanya membawa satu bag sahaja juga akan membuat anda nampak lebih bergaya.
Bagaimana caranya? Wanista kongsikan 8 tips untuk mengembara dengan satu beg sahaja. Lets travel light like a boss !
1. Buat senarai semak (checklist)
Ramai yang mengelak dan malas untuk membuat senarai semak dahulu sebelum mengemas bag anda untuk mengembara. Namun, ketahuilah, ini adalah langkah bijak untuk anda tidak terlebih bawa atau tertinggal barangan penting nanti. Rancang betul-betul berapa helaian pakaian yang perlu dibawa dan buat senarai barangan yang perlu dibawa. Baju extra mungkin kedengaran lebih terjamin dan selamat tetapi janganlah membawanya terlalu banyak. Bawalah barangan yang penting sahaja.
2. Gulung, gulung dan gulung pakaian anda
Berbanding kaedah melipat, dengan menggulung pakaian-pakaian anda, anda akan dapat memanfaatkan ruangan beg anda dengan lebih optimum. Selain itu pakaian anda juga akan kurang berkedut. Tempatkan item yang tebal seperti baju panas di sudut tepi beg anda untuk menyeimbangkan kandungan. Pastikan juga susunan anda betul-betul rapat dan mampat.
3. Bawa pakaian yang senang padan
Jeans adalah salah satu item yang senang padan dan boleh dipakai berulang kali. Pakaian-pakai rona tanah juga juga boleh membantu. Tapi siapa dengan trend colour-blocking yang semakin diterima ramai, warna bukan lagi masalah. Guna konsep 2 dalam 1, misalnya bawa gaun panjang yang boleh disuaipadan dengan blazer untuk acara formal dan masih sesuai dipakai untuk acara kasual (tanpa blazer).
4. Pakai item yang berat
Ini juga teknik untuk menjimatkan ruangan beg anda, Pakai item seperti kasut but dan sneakers ketika hari bertolak dan balik. Pada pandangan penulis, jika anda jenis yang tidak cerewet, satu kasut sudah mencukupi (dan pakai bukan pack ) tetapi pastikan ianya tahan lasak dan selesa, tetapi pastikan bawak sepasang selipar atau sandal sebagai persediaan. Jika anda mengembara atas urusan rasmi, bawa kasut formal jenis dari material ringan.
5. Bawa sedikit sabun basuh
Jika anda punya masa untuk basuh pakaian seperti pakaian dalam dan stokin, anda boleh mengurangkan bilangan item yang perlu dibawa. Ambil masa dalam 10 minit untuk basuh pakaian di bilik air, perah seoptimum mungkin dan gantung sehingga kering. Ataupun anda boleh gunakan perkhidmatan dobi di hotel.
6. Teknik layering
Jika anda mengembara ke negara beriklim sejuk, anda boleh mempetimbangkan untuk teknik layering, iaitu pakai baju berlapis kerana membawa dua ke tiga helai pakaian nipis (material silk dan sintetik) lebih menjimatkan ruang berbanding membawa pakaian tebal.
7. Bawa barangan bersaiz lebih kecil dan ringan.
Kini banyak toileries dan kosmetik yang bersaiz kecil di pasaran. Jangan berkira untuk membelinya kerana toileteris dan dan kosmetik yang kecil-kecil inilah yang akan memberatkan beg anda. Botol ini boleh diguna semula pada pengembaraan akan datang. Jika anda perlu mengambil ubat-ubatan, sekalikan dalam pill organizer.
8. Guna applikasi telefon pintar
Banyak benda yang anda boleh tinggalkan di rumah dengan adanya telefon pintar. Misalnya kamera, buku nota, peta dan mungkin juga komputer, dan semestinya telefon pintar lebih kecil dan ringan.