Cinta & Perhubungan, Tips - Percintaan

Teman lelaki Anda Seorang Yang Panas Baran? 5 Tips Ini Boleh Bantu!

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic
Teman lelaki Anda Seorang Yang Panas Baran? 5 Tips Ini Boleh Bantu!

Teman lelaki anda merupakan seorang yang panas baran? Anda percaya atau tidak, ada orang kata kalau orang yang panas baran susah untuk kita ubah sikap mereka. Kita perlu mengawal keadaan apabila berdepan dengan mereka yang panas baran. 

Namun, perlu diingatkan agar gaya anda betul dan kena dengan tempat kerana kalau silap hari bulan, nahas anda. Apa yang perlu dilakukan apabila berdepan dengan lelaki yang panas baran? Dalam hati mesti terasa sangat berhati-hati takut benda lain pula yang jadi.

Yang paling penting jangan melawan. Sesiapa sahaja yang bersikap panas baran akan mudah melenting. Lebih-lebih lagi jika anda melawan atau membantah setiap yang diperkatakan mereka. Jika ingin berbuat demikian, perlu tahu cara yang betul untuk bercakap.

Cuba cari kelemahan. Andai anda ditakdirkan mempunyai pasangan yang panas baran, cuba kaji tentang si dia. Cari sisi kelemahannya yang boleh melembutkan hati mereka. Menangis bukanlah langkah yang bijak kerana bagi sesetengah lelaki yang panas baran, amarah mereka akan bertambah teruk apabila melihat tangisan anda.

Rendahkan nada suara. Apabila berdepan dengan lelaki yang sedang marah, rendahkan nada suara anda itu. Cakap dengan lembut. Dengan cara ini juga akan membuatkan mereka reda.

Sekali sekala cuba beranikan diri. Mungkin ada ketikanya anda dimarahi atas kesalahan yang tidak dilakukan. Jadi, cuba untuk beranikan diri menegak kebenaran agar si dia tersedar. Tetapi jika pasangan anda berpotensi untuk naik tangan, anda perlu lebih berhati-hati.

Sebelum menuduh satu sama lain, cuba kaji dahulu. Untuk mengelakkan kesusahan dalam perhubungan, sarankan anda kaji atau uji dahulu lelaki yang dikenali sebelum pergi ke langkah seterusnya. Betul orang kata, di awal perkenalan sukar untuk melihat true colors seseorang tapi anda boleh menguji tahap kesabaran mereka. Jika dia mula menunjukkan sifat panas baran, ambil langkah berjaga-jaga lebih awal dan seeloknya jauhkan diri darinya sebelum hubungan menjadi serius.

Walau apapun sentiasa berkomunikasi jika ada sesuatu yang berlaku pada perhubungan okay!

Komen Anda