Kesihatan

Gusi Bengkak? Kami Ada 5 Tips Ubati Gusi Bengkak

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Gusi Bengkak? Kami Ada 5 Tips Ubati Gusi Bengkak

Gusi bengkak? Ya Allah, sakitnya sampai kadang-kala tak boleh cakap dengan orang langsung. Jenis rawatan yang tepat untuk gusi bengkak sebenarnya bergantung pada penyebab keadaan tersebut.

IKLAN

Ada pelbagai penyelesaian perubatan mahupun cara alternatif untuk menyembuhkan gusi bengkak. Jika diperlukan, rujuk dengan doktor gigi untuk mencari jalan penyelesain dan menentukan rawatan terbaik.

Kami ada beberapa tips mengubati gusi bengkak:

Bilas mulut dengan larutan air garam

  • Tambah satu sudu makan garam pada segelas air suam dan kacau hingga tercampur merata.
  • Kumur menggunakan air garam selama beberapa minit. Ulangi proses ini beberapa kali sehari untuk meringankan gusi bengkak.

Kumur dengan air perahan lemon

  • Perah satu buah lemon ke dalam segelas penuh air hangat.
  • Kumur dengan larutan ini selama beberapa minit 2-3 kali sehari.

Bersihkan gigi dengan benang gigi, flos

  • Gunakan benang gigi untuk membersihkan sisa makanan dari cela gigi.
  • Sisa makanan yang tidak dibersihkan akan mencetuskan gingivitis atau penyakit yang menyebabkan gusi bengkak dan berdarah.

Ambil vitamin setiap hari

  • Gusi bengkak boleh berlaku akibat kekurangan vitamin C, asid folik atau zat besi.
  • Penggunaan multivitamin yang mengandungi vitamin dan mineral penting jika diperlukan.

Urut gusi

  • Cara lain untuk meringankan pembengkakan gusi adalah dengan mengurut gusi menggunakan cotton buds.
  • Lakukan pemijitan sekurang-kurangnya 5 minit setiap hari untuk meningkatkan aliran darah ke gusi.

Jika masih tidak berkesan, sebaiknya berjumpa dengan doktor untuk lebih lanjut.

IKLAN