Sempena tahun baru ini, ubah penampilan diri anda agar tampak lebih bergaya serta ranggi dengan mengenakan sepasang kacamata hitam daripada koleksi terbaharu Bolon.
Didatangkan dengan pelbagai pilihan bingkai berwarna terang seperti merah, merah jambu, kuning dan biru, koleksi terbaharu Bolon musim ini bukan sahaja mempunyai reka bentuk terkini, malah ia turut diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dengan sentuhan teknik kemahiran terkini.
Koleksi yang bergaya serta ranggi ini mendapat inspirasi daripada; Jewellike (inspirasi rekaan barang kemas), Wavy (inspirasi rekaan ukiran), Eiffel (inspirasi rekaan Menara Eiffel) serta Layers (inspirasi rekaan corak geometri). Keempat-empat reka bentuk daripada koleksi terbaharu Bolon melambangkan keperibadian, pengungkapan personaliti dan gaya si pemakai pada musim ini.
Terdapat pelbagai pilihan rekaan terbaru yang pasti menyerlahkan lagi personaliti anda disamping menyempurnakan transformasi diri anda sempena sambutan tahun baru 2018.