D.I.Y

Jeans Nampak Lebih Cool & Trendy? Cuba Cara Paling Mudah!

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Jeans Nampak Lebih Cool & Trendy? Cuba Cara Paling Mudah!

Bagaimana nak buat penampilan anda berubah sekelip mata menjadi lebih cool dan chic? 

Fesyen yang tak perlukan anda berbelanja mewah, memadai dengan jeans dan gunting. Hah, biar betul, tak akan itu sahaja. Ya, anda hanya perlu gunting sedikit bahagian bawah seluar jeans anda dan tadaa penampilan anda nampak lebih cool dan chic.

Foto – Pinterest

Trend fesyen ini dinamakan frayed jeans ataupun frayed hems. Trend ini dikatakan sedang ‘IN’, ramai blogger fesyen dan para selebriti memilih jalan ringkas ini untuk menampakkan penampilan yang lebih stailo.

Baca: 5 Rekaan Jeans Yang Lebih Trendy Dari Jeans Koyak-Koyak

Tips :

1. Anda boleh DIY pada skinny jeans, wide-legged, tidak kira apa jenis jeans sekalipun.

2. Pastikan ianya di paras buku lali ataupun atas sedikit, nampak lebih cool.

3. Gayakan dengan pointy pumps, strappy sandals, flat loafers, sneakers mahupun ankle boots – penampilan nampak sangat effortless dengan apa sahaja outfit yang dipakai.

Cool kan?

Foto – Pinterest
Foto – Pinterest
Foto – Pinterest

Sekarang korang pun boleh DIY….