Rutin mekap pasti tidak lengkap dengan warna-warna pembayang mata dari palet pembayang mata dari kualiti yang bagus dan pilihan warna yang cantik.
Omorose Cosmetics, jenama mekap dari bahan semulajadi memperkenalkan palet pembayang mata ‘Shades of Glee’ dari 12 warna dari variasi tona neutral (nude), sejuk (hijau/biru) dan panas (coklat/hitam). Palet ini sesuai untuk semua warna kulit dan ia boleh dipelbagaikan mengikut warna tekstur matte dan glitter.
Formula tanpa parabens, phenoxyethanol, phthalates, mineral oil dan sumber haiwan menjadikan pigmen dari palet ini selamat dan berkualiti.
https://www.instagram.com/p/BdKDp-4nH5Z/?taken-by=wanistadotcom
Selain itu, setiap pembelian produk Omorose Cosmetics pelanggan akan menerima beg mekap eksklusif ilustrasi Omorose’s ‘Sweet Flamingo’ dari pelukis quadriplegic Mariam Pare.
Dapatkan palet pembayang mata ‘Shades of Glee’ Omorose Cosmetics berharga RM149 melalui http://omorosecosmetics.com/products atau kaunter terpilih di TANGS Malaysia (Empire Subang, Parkson Sunway Pyramid, Sunway Velocity Mall dan MyTOWN Shopping Centre dan Parkson Elite, Pavilion).
Salap bibir dari Omorose Cosmetics menjadi pilihan Wanista. BACA: Atasi Masalah Bibir Kering & Merekah Dengan 7 Pilihan Lip Balm Terbaik Ini.