Anastasiya Sidorova, gadis hebat berusia 23 tahun ini membuktikan bahawa semua orang mampu menjadi cantik biarpun dihalang dengan beribu ujian.
https://www.instagram.com/p/BS3fgQNBPUt/
Melihat kepada kejelitaannya yang ditemani rambut perangnya yang panjang mengurai dan tebal, siapa sangka sebenarnya Anastasiya sebenarnya pernah menghidap satu kondisi penyakit yang dipanggil “Androgenetic Alopecia” sewaktu umurnya 18 tahun dan penyakit itu telah membuatkan rambutnya gugur secara kritikal pada satu-satu masa.
Namun, sejak pulih dia telah bangkit dengan menjadi inspirasi kepada wanita lain -mempengaruhi para wanita di luar sana untuk sama-sama keluar daripada kepompong selamat agar diri bisa menyerlah dan memenuhi keinginan diri.
Rambutnya yang cantik itu membuatkan ramai mengelarnya Rapunzel dan menurut Anastasiya sendiri, penyakit yang pernah dihidapnya itu tidak diketahui puncanya tetapi ramai percaya bahawa ianya disebabkan tekanan yang melampau sehingga mendorong sistem badan dan hormon terjejas sekaligus menyebabkan rambut gugur secara keterlaluan.
https://www.instagram.com/p/BaRA243HQQR/
Selepas dirinya mencuba pelbagai produk dan cara untuk memulihkan keadaan rambut gugur, pada suatu hari Anastasiya berjumpa dengan pakar kulit kepala untuk mendapatkan nasihat serta rawatan. Ternyata, ia membantu sehingga rambutnya kini kembali tebal bahkan kecantikannya menjadi luar biasa. Sejak dari itu, anak gadis dari Rusia ini membuat keputusan untuk menyambung pengajian dalam bidang trikologi untuk melayakkan dirinya menjadi seorang pakar rambut dan kulit kepala suatu hari nanti.
https://www.instagram.com/p/BaobLoQD9j4/?taken-by=sidorovaanastasiya
Biarpun begitu cita-citanya, Anastasiya kini sakan menjadi model untuk beberapa majalah ternama malah pernah dipilih untuk menjadi wajah komersial syampu jenama Oantene. Sehingga kini dia mempunyai lebih beratus ribu pengikut di Instagram dan katanya lagi, rambut kesayangannya itu pernah panjang menjangkau 106cm.
https://www.instagram.com/p/BWhp0MpFGgR/?taken-by=sidorovaanastasiya
Apabila ditanya tentang penjagaan rambut, dengan sennag hatinya Anastasiya berkongsi yang dirinya tidak pernah meluruskan rambut sementara itu, setiap kali selepas mencuci dia akan membiarkan 60 peratus rambutnya dikeringkan dengan udara tanpa menggunakan sebarang alat pengering demi menjaga kesihatan akar dan umbi serta teksturnya. Dia juga akan menggunakan masker rambut yang berasaskan keratin setiap kali selepas bersyampu.
https://www.instagram.com/p/BUdwBvaF2we/?taken-by=sidorovaanastasiya
Rekomendasi Anastasiya kepada gadis dan wanita yang mahu rambut sepertinya:-
- Amalkan diet pemakanan seimbang
- Elak tekanan jiwa
- Cari dan berbelanja lebih sedikit untuk membeli produk rambut bersesuaian
- Guna masker pelembap rambut dua kali seminggu selepas mencuci
- Gunakan minyak avokado untuk bekalkan nutrien pada rambut
- Trim hujung rambut secara berkala untuk buang bahagian rambut bercabang
- Biarkan rambut mengering sebanyak 60 peratus dengan udara (duduk dibawah kipas), sebelum menggunakan teknik “blow dry” dan menyikatnya rapi
- Jika rambut gugur melebihi jumlah normal iaitu 50 -100 helai sehari, sila pergi berjumpa pakar untuk mendapatkan nasihat dan rawatan profesional.
https://www.instagram.com/p/BTY48nYlz9c/?taken-by=sidorovaanastasiya
Amacam? Tergugat tak tengok rambut Anastasiya ni? ?