Kita selalu membuat andaian peribadi terhadap orang lain biarpun mereka cumalah idola yang kita sanjung di Instagram -tanpa pernah bertegur siapa mahupun bertemu secara fizikal. Nah, adakalanya juga dalam sekelip mata kita terlalu mudah membuat kesimpulan sehingga buta dan tidak menyedari bahawasanya tanggapan kita terhadap orang berkenaan salah belaka dan jauh tersimpang daripada realiti.
Untuk itu, di sini Wanista ada cara terbaik bagaimana anda boleh mengenal pasti mereka yang ‘plastik’ sebagai langkah berjaga-jaga, mengelak diri daripada perlu berhadapan dengan mereka.
#1 Hormat Semua Orang
Mereka yang ikhlas akan menghormati semua orang kerana tidak membezakan dirinya dengan orang lain sebaliknya, mereka yang ‘plastik’ hanya akan berpihak kepada orang yang berpangkat atau berstatus sahaja yang kononnya setaraf dengan diri mereka.
#2 Tidak Memanipulasi Orang
Orang yang ikhlas tidak akan sesekali mempengaruhi oranglain untuk menjadi seperti mereka manakala mereka yang ‘plastik’ akan mengajak atau memanipulasi pemikiran orang agar mengikut jejak langkah mereka biarpun pada awalnya, orang itu tidak rela dan akhirnya mengikut semata-mata kerana terpaksa.
#3 Tidak Gila Perhatian
Mereka yang ikhlas belaka tidak hairan untuk mendapatkan perhatian dariapda orang lain manakala mereka yang ‘plastik’ gemar untuk orang lain tahu tentang kewujudan mereka.
#4 Tak Suka Membangga Diri
Biarpun berjaya, berharta atau mempunyai kelebihan yang patut dibanggakan, mereka lebih selesa untuk menyimpannya sendiri. Sebaliknya bagi yang ‘plastik’, mereka akan mekad untuk membangga diri, agar semua orang tahu bahawa merekalah yang terbaik dan tiada sesiapa boleh menyaingi mereka. Senang kata, orang ‘plastik’ suka menunjuk-nunjuk kelebihan mereka.
#5 Berani Berkongsi Pandangan Secara Terbuka
Tidak seperti si ‘plastik’ yang suka cakap belakang dan bergosip -menjaja cerita keburukan orang yang dibencinya kepada individu lain, mereka yang ikhlas biasanya akan berterus-terang untuk mengekspresikan ketidakpuasan hati mahupun segala pandangan mereka secara terbuka.
#6 Mencuba Sehabis Baik Untuk Menepati Janji
Orang yang ikhlas tidak pernah melupakan janji mereka bahkan mencuba sehabis baik untuk menunaikan janji itu manakala mereka yang ‘plastik’ lebih kepada berjanji di atas angin. Terlalu mudah berjanji tetapi sukar menepatinya.
#7 Bangga Di Atas Kejayaan Orang Bahkan Memuji Mereka
Orang yang ikhlas tidak mempunyai perasan hasad dengki. Apabila orang lain melebihi dirinya, dia turut akan berbangga malah mudah menyampaikan pujian terhadap pencapaian orang lain namun, bagi yang ‘plastik’, mereka hanya tahu mengkritik orang lain untuk buat diri mereka kelihatan lebih mulia.
#8 Bersifat Positif & Berhati Mulia
Seorang insan yang ikhlas tidak pernah lupa berbuat baik terhadap orang lain, sentiasa akan membantu dan cuba memberi layanan yang terbaik terhadap orang lain sementara bagi yang ‘plastik’, mereka cuma akan baik dengan orang untuk mendapatkan sesuatu umpama friends for benefit.
Walau bagaimanapun, ciri-ciri ini tidaklah begitu tepat malah tidak adil untuk kita menghakimi orang lain tanpa mengenali siapa diri mereka terlebih dahulu betul tak? Apa pun, tetaplah berjaga-jaga kerana mereka yang ‘plastik’ ada disekeliling kita.
Selamat beramal! ❤️