Setiap kali G- Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong rapat dengan wanita pasti netizen membuat spekulasi mereka dating walaupun sekadar keluar berhibur sebagai rakan biasa. Setiap kali keluar berdua, muat naik foto bersama di Instagram, setiap kali itu peminat dan media mula menyangka mereka mempunyai perhubungan mesra walaupun perkara tersebut tidak benar sama sekali.
Kenapa agaknya ye? Susah jadi GD kerana beliau tidak boleh berkawan dengan selebriti wanita sesuka hati kerana ia akan terpalit gosip murahan.
Pada yang tertanya-tanya siapa selebriti wanita yang pernah dikaitkan dengan ikon fesyen, ini antara mereka yang ‘bertuah’.
Kiko Mizuhara
Walaupun tidak disahkan, peminat telah membuat spekulasi bahawa G-Dragon dan model terkenal Jepun, Kiko Mizuhara sudah saling mengenali pada tahun 2010 dan sejak itu mereka mulai rapat. Kedua-duanya dilihat keluar bersama bukan sahaja di Korea dan Jepun, bahkan di Thailand mahupun Paris.
Peminat dan media Korea mengesahkan mereka berdua bercinta apabila mereka dilihat melakukan skinship dikhalayak umum namun kisah mereka masih menjadi tanda tanya. Bila ditanya sejauh manakah perhubungan mereka, G-Dragon mahupun Kiko senang menjawab sekadar ‘teman biasa’ sahaja.
Nana Komatsu
Selepas Instagram peribadi milik G-Dragon digodam, beberapa koleksi foto di dalamnya menunjukkan banyak foto mesra penyanyi 29 tahun ini dengan model Jepun, Nana Komatsu.
Khabar angin mula muncul awal tahun ini, ketika G-Dragon dan Nana dilihat keluar makan malam di Tokyo. Sebelum ini, mereka pernah bekerja bersama-sama untuk Majalah Nylon pada awal bulan Mac tahun ini.
Sandara Park
Rasanya peminat mahu mereka berdua bersama tetapi sayangnya perkara itu tidak akan menjadi kenyataan kerana Sandara Park mahupun G-Dragon sama sekali menegaskan mereka hanyalah sekadar kawan rapat sahaja.
Kenapa peminat beranggapan mereka berdua dating? Fesyen dan gaya Sandara dan GD sangat serupa, apa yang dipakai oleh GD akan dipakai oleh Sandara, kiranya lagak mereka persis pasangan bercinta, bahkan cara GD melayan dan bergambar bersama Sandara juga kuat menyatakan pasangan ini mempunyai hubungan yang lebih daripada teman biasa.
CL
Selain Sandara, seorang lagi ahli 2NE1, CL turut dikaitkan dengan G-Dragon. Mereka berdua sangat rapat, malah tanpa segan silu menunjukkan keakraban melalui pengkongsian foto di Instagram. Walaubagaimanapun, hubungan mereka tak ubah seperti abang dan adik sahaja. Ini dibuktikan menerusi rakaman video di mana GD menjelaskan CL merupakan adik perempuan yang paling rapat malah sangat menjengkelkan.
Sulli
Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba mereka digosipkan bercinta. Spekulasi percintaan mereka timbul selepas peminat mendapati cincin berbentuk hati yang dipakai oleh G-Dragon dan Sulli adalah sama. Untuk menjernihkan keadaan, G-Dragon menafikan spekulasi yang mengatakan dia kini sedang bercinta dengan Sulli susulan persamaan yang dimiliki kedua anak muda ini.
Lee Jooyeon
Video intim antara G-Dragon dan bekas ahli kumpulan After School di “Kwai”, mencetuskan spekulasi hangat sekitar awal Oktober tahun ini. Dalam video tersebut, G-Dragon dan Jooyeon dilihat melakonkan semula babak mesra dalam drama Oh! My Baby.
https://www.instagram.com/p/Ba5IabmFx5T/
Bahkan, netizen menguatkan lagi spekulasi apabila mendapati mereka berdua pernah melancong bersama, tinggal di resort yang sama dan pergi ke restoran yang sama menerusi perkongsian foto di laman Instagram. Peminat juga mendapati bahawa kedua-duanya follow satu sama lain di akaun Instagram peribadi.
Goo Hara
Betullah penulis cakap, setiap kali G-Dragon keluar dengan selebriti wanita, terus ada gosip murahan melandanya.
Khabar angin mereka meletus selepas kedua-dua ditemui di sebuah taman hiburan bersama-sama dengan beberapa rakan selebriti lain seperti Sulli dan Ga-In.
Apapun Wanista harap GD dapat temui cinta sejati dan mendirikan rumah tangga seperti rakan member Taeyang…
Fighting GD & Don’t Be Sad!