Dunia menantikan tarikh keramat 18 Mei 2018 dimana bakal menyaksikan penyatuan dua insan berbeza darjat iaitu Putera Harry dari Istana Buckingham dan Meghan Makle pula dari Hollywood.
Setelah rasminya mengumumkan pertunangan mereka, sehingga kini apa sahaja mereka lakukan menjadi perhatian dan rahsia lama pun di korek juga!
BACA: Siapa Meghan Markle? Jom Kenali Tunangan Putera Harry Ini
Sudah menjadi tradisi untuk setiap pasangan kerabat diraja Britain akan mengabdikan potret bersama tunangan masing-masing. Dari tahun 1923 lagi, pihak istana mengeluarkan gambar Raja George VI dan bonda kepada Ratu Elizabeth II, Elizabeth Bowes-Lyon dihari pertunangan mereka.
Menariknya, dahulu kemesraan pasangan diraja dilarang untuk ditayang-tayang umum tapi kini semakin mesra pula. Tak percaya? Mari lihat kepingan gambar bersejarah yang semakin lama semakin romantis dan intim..
#1 Serius. Potrait pertama dari Raja George VI dan Queen Mother, Elizabeth Bowes-Lyon bertunang pada tahun 1923
#2 Masih mengekalkan protokol diraja. Ratu Elizabeth II bertunang dengan Raja Philip selepas dua tahun tamat Perang Dunia Kedua tamat.
BACA: 70 Tahun Bersama, Ratu Elizabeth II & Suami Kongsi Rahsia Rumah Tangga Bahagia
#3 Dah pandai merangkul lengan! Puteri Margaret (adik perempuan Ratu Elizabeth II) dan pasangan Anthony Armstrong-Jones kelihatan mesra dan lebih santai berbanding yang lain. Malah mereka mengabdikan potret candid di taman.
#4 Puteri Anne (anak perempuan Ratu Elizabeth II) dan pasangan Mark Philips tidak ragu-ragu untuk memegang tangan dan menunjukkan kemesraan luar biasa untuk tatapan umum. Lihatlah potret kedua pertunangan mereka, siap buat outdoor shoot!
#5 Putera Charles dan Puteri Diana membuang protokol ‘serius’ ketika bergambar! Lihatlah pelukan mesra mereka berdua memang terletak kemas.
#6 Turut mengikut jejak bonda dan ayahanda, Putera William dan pasangan Kate Middleton abadikan potret mesra dan romantis. Gambar kedua mengambarkan mereka sangat menyayangi satu sama lain. Auuwww!
#7 Masa mengubah segalanya. Giliran Putera Harry dan Meghan Markle pula menyerlah dalam potret pertunangan mereka. Gaya gambar yang diambil tidak ubah seperti editorial majalah. Meghan juga memakai sepersalinan gaun sheer-top Ralph & Russi Haute Couture. Sentuhan tangan, pelukan tubuh dan senyuman mesra memang telah mengalahkan protokol diraja.
Semakin lama, semakin berani! Potret pasangan yang menjadi kegemaran anda?