Jika anda lahir pada era 80an, anda pasti tahu bahawa trend fesyen denim yang mempunyai perincian lusuh dan koyak-rabak itu adalah sangat popular menjadi igauan semua anak remaja waktu itu.
Seorang pengguna Twitter yang dikenali dengan nama Tomomi antaranya telah mencuri perhatian netizen kerana memuat naik satu status berkaitan trend jeans koyak-rabak itu.
Menurutnya, dia memakai celana jeans berkenaan untuk suka-suka kerana mahu mengikut gaya pemakaian semasa dek rata-rata orang masa ini menggayakan jeans lusuh itu semula sebagai helaian statement, namun apa yang terjadi kepada celana jeans barunya itu amat melucukan!
Enter Shizu, nenek kepada Tomomi dengan tidak semena-mena telah menganggap celana jeans milik cucunya itu memang sudah benar-benar lusuh dan koyak kemudian bertindak untuk menampal bahagian koyak tersebut dengan niat membaikinya.
…dan… ini hasilnya.
Sebaik disedari Tomomi, dia merasakan hal yang dilakukan neneknya itu sangat melucukan. Maklum sahajalah, warga emas mana tahu mengikut perkembangan fesyen semasa kan? Jeans yang memang sengaja dipakai lusuh itu diingatnya sudah benar-benar terkoyak.
https://twitter.com/tymumt_082124/status/939674123189366784
Tomomi kemudian memuat naik gambar dan status berkenaan hal itu ke akuan Twitternya dan ia mendapat banyak reaksi dariapda netizen dan rata-ratanya menganggap neneknya adalah seorang insan yang sangat prihatin.
Agak-agak nenek korang prihatin dan lucu macam ni tak? ?