Dah jadi cantik ke belum tahun 2017?
Artikel-artikel kecantikan dari Wanista sentiasa menjadi perhatian pembaca dan paling mendapat banyak hits. Nampaknya memang para pembaca tak mudah mengalah untuk mengikuti perkembangan dunia kecantikan yang Wanista kongsikan.
Sepanjang 2017 ini terdapat banyak sangat tips kecantikan yang tular dan menjadi trend semasa. Agaknya ada tak diantara tips tersebut anda telah ikut dan sememangnya menjadi?!
Buat anda yang terlepas dengan petua-petua cantik dari Wanista, mari kita imbas kembali 12 tips cantik paling meletop dan menjadi carian utama oleh pembaca Wanista. Klik di tajuk untuk artikel penuh.
#1 Menarik! Khasiat Air Garam Untuk Rambut Yang Semua Orang Tak Tahu
Keunikan air garam rupanya dapat memberi rambut dan kulit kepala yang sihat. Didalam artikel ini juga berkongsi produk, resepi dan tutorial untuk anda membuat spray air garam sendiri! Kalau nak rambut berkepuk-kepuk cubalah dengan air garam.
#2 Amalkan! Ini Kebaikan Bertangas Agar Kekal Sihat Awet Muda
Wanista juga ada kongsikan tentang tips kecantikan dalaman secara tradisional. Tak pernah dengar pasal bertangkas? Ianya bertindak seperti sauna dengan mengeluarkan peluh menyebabkan toksin keluar daripada tubuh dan bagi mereka yang lakukan kaedah bertangas selepas darah nifas kering atau selepas berpantang pula, ternyata ia mampu membantu proses penyembuhan serta mengecutkan kembali rahim serta mengetatkan faraj.
#3 Betul Ke Vaseline Boleh Besarkan Payudara? Jom Cuba…
Jika sebelum ini Vaseline mampu buat bibir nampak plumpy jadi ia tak mustahil untuk membentuk payudara. Ikuti teknik sapuan dan teori yang telah Wanista kongsikan ini, jangan risau ianya cara semulajadi dan paling penting Vaseline murah! Selain itu, tips kecantikan dari produk Vaseline yang ini juga mendapat sambutan…
#4 Amalkan Sapu Vaseline Sebelum Tidur, Trik Jadi Cantik Semulajadi!
5 langkah hebat sebelum tidur dengan hanya menggunakan produk dari Vaseline, bagus untuk merawat kulit kering, kutikel kuku, bibir, siku dan melebatkan bulu mata.
Tips kecantikan dari negara Korea sangat memberi impak kepada pembaca, Wanista percaya ada diantara anda yang mengamalkannya sekarang bukan? Kebanyakan ialah mengenai penjagaan kulit wajah, iyalah pasti ramai ingin memiliki kulit polos dan gebu bak pelakon K-Drama kegemaran..
#5 Ini Cara Agresif Nak Dapatkan ‘Kulit Kaca’ Bak Gadis Korea
#6 Kulit Mulus Dan Bersih Wanita Korea Hasil Teknik Cuci Muka Double Cleansing
#7 2 Cara Terkini Orang Korea Jaga Muka Elak Jerawat! Senang Sangat…
#8 Oh Ini Rupanya Cara Bae Suzy Cuci Muka… Senang Je!
#9 Patutlah Bersih! Ini Rupanya Rahsia Selebriti Lelaki Korea Jaga Muka
Kalau anda ragu-ragu nak ikut tips besarkan payudara menggunakan Vaseline, cuba helah mekap yang digunakan oleh penyanyi f(x) Luna ini. Serius hasilnya memang tampak seperti payudara sebenar!
#10 Nak Besarkan Payudara? Ini Cara Paling Mudah Oleh f(x) Luna!
#11 Ini Rupanya! Petua Rahsia Kulit Cantik Dan Bersih Orang Cina
Tak cukup dengan rahsia cantik orang Korea, rahsia kulit mulus orang Cina pun anda nak korek juga! Petua ini menggunakan bahan alam semulajadi sahaja dan paling penting orang Cina tidak pernah mencampur aduk kegunaan produk.
#12 Masalah Dengan Pori-Pori Muka Besar? Ikuti 8 Langkah Kecantikan Ini
Pori-pori besar punca masalah kulit berjerawat, berminyak dan seterusnya tampak kusam. Artikel ini khusus untuk merawat kulit berminyak sekaligus mengetatkan pori-pori kulit. Praktiskan 8 do’s & don’ts didalam artikel ini untuk fasa pertama kulit wajah yang sihat!
Nak tahu lebih banyak lagi tips dan petua dari team Wanista? Klik sahaja di ruangan Tips atau Tips-Kecantikan dan kongsikan bersama rakan-rakan anda!