Review - Filem

[Review Filem] Pitch Perfect 3: Lebih Merdu, Lucu & Emosi! Sampai Pecah Panggung Dibuatnya

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
[Review Filem] Pitch Perfect 3: Lebih Merdu, Lucu & Emosi! Sampai Pecah Panggung Dibuatnya

It is time for us to bid farewell to the Pitches… ?

Sumber: Giphy

Sejak tamat pengajian di Barden University, kumpulan accapella wanita The Barden Bellas yang popular kerana karakter feminis mereka akhirnya berpecah untuk menjalani kehidupan harian sebagai insan dewasa yang berkerjaya. Namun sebaliknya, masing-masing memendam perasaan dan apa yang diharapkan adalah tidak seindah disangka bahkan hidup mereka sebenarnya sangat menyedihkan.

Sumber: Universal Pictures

Beca bekerja di sebuah syarikat rakaman namun akhirnya memutuskan untuk berhenti kerana tidak tahan mengurus artis yang keras kepala manakala Fat Amy yang merupakan rakan karibnya pula hanya mampu menjana pendapatan dengan menyanyi di kaki lima. Begitu juga dengan ahli Bellas yang lain, semuanya merana dengan pekerjaan masing-masing dan rindu untuk menyanyi semula.

Sumber: Universal Pictures

Keajaiban tiba apabila junior mereka, Emily lakonan Hailee Steinfield menghantar undangan kepada mereka untuk menghadiri perjumpaan semula (reunion) di universiti. Tanpa berfikir panjang, tentunya mereka bersetuju dan memang tidak sabar untuk membuat persembahan pertama bersama setelah sekian lama berpecah dan disinilah bermula ceritera yang membuatkan penonton pecah perut.

Sumber: Universal Pictures

Mereka rupanya sudah tersalah faham kerana undangan itu bukanlah untuk mengajak mereka membuat persembahan semula sebagai The Barden Bellas tetapi hanyalah sebagai penonton. Opss! Too bad pitches…

Sumber: Universal Pictures

Tetapi Aubrey tiba-tiba mendapat satu idea dan berjanji mahu mendapatkan Bellas undangan khas ke kem tentera tempat bapanya berkhidmat untuk bertanding sekaligus merebut tempat sebagai kumpulan kugiran pilihan di sana. Jika berjaya, mereka berpeluang membuat persembahan pembukaan sewaktu konsert DJ Khaled.

Kumpulan kugiran yang memanggil diri mereka sebagai “Evermoist” turut berentap dengan The Bellas sepanjang pertandingan penjelajahan mereka di Eropah. Sumber: Universal Pictures

Sebaik tiba di Sepanyol, mereka kemudian bertemu dengan kumpulan kugiran lain yang tidak kurang hebat -sama-sama mahu menarik perhatian DJ Khaled yang turut bakal mengadili mereka. Fat Amy atau nama sebenarnya Patricia pula tanpa sengaja telah bertemu semula dengan bapanya. Drama berterusan sampailah suatu saat, rahsia bapa Fat Amy terbongkar sehingga ahli Bellas yang lain turut terlibat menjadi tebusan. Ayah Fat Amy sebenarnya adalah dalang sindiket pengedaran dadah terbesar yang mahu mengambil alih harta kekayaan miliknya.

Sumber: Giphy

Menurut penulis, filem kali ini tidak berjela dan tidak hanya dipenuhi babak-babak nyanyian semata kerana ia juga memiliki babak aksi sambil diselangi elemen komedi berkualiti. Meskipun tidak dapat melihat kumpulan accapella terdahulu seperti The Trebelmakers membuat kemunculan dalam Pitch Perfect 3, ia sudah memadai dan tetap padu dengan hanya menampilkan Bellas sebagai fokus utama… memandangkan ia adalah kali terakhir untuk 8 sekawan ini berentap sebagai sebuah kumpulan accapella termahsyur sebelum melabuhkan tirai.

Sumber: Universal Pictures

Tidak sampai 30 minit ditayangkan, pengisian cerita boleh dikira sangat mengujakan. Bahkan, lagu-lagu yang ditampilkan juga memukau berbanding sekual pertama dan kedua. Antara lagu yang dimuatkan dalam babak-babak Pitch Perfect 3 adalah “Toxic” dendangan asal Britney Spears serta “Cheap Thrills” nyanyian Sia.

Tonton Pengisian Filem Pitch Perfect 3

To be honest, Pitch Perfect 3 menyerlah dan sangat berjaya berbanding sekuelnya yang terdahulu iaitu Pitch Perfect 2 -bangkit menghiburkan para peminat dengan seleksi drama, muzik dan adegan lucu dari awal hingga akhir. 

Sumber: Universal Pictures

Jika sudah mengikuti filem ini sejak dari awal, anda pasti dapat merasakan chemistry di antara pelakon. Keakraban hubungan mereka teramatlah realistik dan seolah-olah Bellas itu wujud di dunia nyata.

Sumber: Universal Pictures

Melihatkan ini adalah filem Pitch Perfect yang terakhir, boleh lihat hasil kerja keras para pelakon yang sangat berkesan menerusi persembahan lakonan mantap serta plot penceritaan yang rapi dikupas satu-persatu tanpa ada bahagian terlopong. Penulis beri  ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ bintang! Tonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 28 Disember ini.

It’s fun and easy to watch but at the same time, still sad knowing the fact that this gonna be the final chapter of the trilogy. Gonna miss you Bellas! ❤️

BACA  Gemar Filem Anime Jepun, 5 Paling Best Wajib Korang Tonton