Untuk pengetahuan umum, jenama fesyen mampu milik kelahiran New York iaitu Kate Spade bakal menyambut ulang tahun ke-25 mereka menjelang 2018 nanti.
Setelah hampir 3 dekad menawarkan seleksi item fesyen berciri feminin dan ceria buat para wanita versatile, koleksi musim bunga 2018 yang diinspirasikan dariapda keindahan flora dan fauna eksentrik pastinya dapat memenuhi selera fashionista yang sentiasa mahukan kelainan.
Memanfaatkan palet rona menonjol yang disertai warna neon seperti merah jambuu samar, merah beri, hijau dan biru denim, setiap helaian musim bunga terkini daripada Kate Spade mampu mempamerkan aura gah yang menggabungkan seni menjahit dengan penggayaan atletik.
Sifat feminin yang boleh diramal menerusi potongan leher tinggi pada dress dan blaus serta cetakan corak botanikal dan rerama pada helaian chiffon, ia pasti tampak mewah untuk dipandankan dengan kot labuh yang bersaiz besar.
Bukan itu sahaja, rata-rata helaian sedia dipakai (ready-to-wear) yang dihimpun dalam koleksi musim bunga Kate Spade kali ini turut diceriakan dengan perincian sulaman untuk tambah sedikit rasa ‘menyengat’.
Untuk aksesori beg tangan, nantikan kemunculan semual rekaan “The Sam Bag” yang dihembus dengan karakter ikonik amerika menggunakan material kulit asli serta aneka perhiasan rantai beg yang boleh digunakan untuk menonjolkan personaliti diri si pemakai.
Sepatu jenis sarung dan tumit tinggi kitten adalah yang paling hangat dan mudah digayakan dengan apa jua busana bakal membuat pandangan jadi silau apabila dihiasi kilauan batu permata serta perincian motif dari taman seperti serangga dan bunga-bungaan.
Tidak lengkap tanpa barang kemas untuk menaikkan seri pakaian yang minimalis, Kate Spade tampil hebat dengan seleksi subang dan anting-anting chandeliar bertatah mutiara termasuklah mutiara hitam untuk mewujudkan sensasi maskulin.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.katespade.com].