Hong Kong mengalu-alukan kunjungan sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, agama dan budaya, sama seperti negara kita, Malaysia yang terkenal sebagai negara berbilang bangsa.
Makanan dianggap sebagai gaya hidup di Hong Kong. Bahkan makanan sememangnya mampu mencipta kenangan percutian yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan.
Dan seperti biasa, bila berkunjung ke negara orang pasti kita akan tercari-cari restoran halal. Jadi, ingin tahu apa dan di mana untuk makan di Hong Kong?
Islam Food Restaurant
Seperti namanya, Islam Food ialah sebuah restoran makanan halal di Hong Kong. Ia menawarkan makanan Cina yang asli dan enak, dipengaruhi belah Utara/Beijing dan dimasak cara Halal di mana dagingnya disediakan agar boleh dimakan oleh penganut Islam.
Alamat: 1 Lung Kong Road, Kowloon City, Hong Kong
Islamic Centre Canteen
Nak cari dim sum terbaik? Islamic Centre Canteen ialah restoran halal yang menyajikan hidangan Guangdong, terutamanya dim sum. Walaubagaimanapun, dim sum hanya dihidangkan dari ja 9 pagi sehingga 12 tengahari sahaja.
Alamat: 5/F, Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai, Yat Sin St, Wan Chai, Hong Kong
Ma’s Restaurant
Bila dah dekat negara orang, mulalah rasa rindu nak makan daging dan ayam. Jadi, Ma’s Restaurant adalah jawapannya! Restoran ini telah beroperasi lebih selama lebih 40 tahun dan menyajikan masakan Cina dengan sentuhan Hong Kong. Highlight pada sajian Beef Goulash, di mana pastri berinti daging cincang yang enak digoreng rangup.
Alamat: Shop A, 21-25 Cheung Sha Wan Road, Sham Shui Po, Kowloon, Hong Kong
Ebeneezer’s Kebab and Pizzaria
Di sini anda boleh menikmati pelbagai kebab dan pizza yang hanya menggunakan ramuan Halal. Restoran ini mempunyai cawangan di serata Hong Kong dan anda berpuas hati menjamu selera dengan kebab dan secawan lassi mangga.
Alamat: Ebeneezer’s Kebab & Pizzaria Shop 4, G/F, Wanchai Central Building, 89 Lockhart Road, Wan Chai, Hong Kong
Maklumat lanjut, sila layari www.discoverhongkong.com/eng/best.
Senarai restoran halal yang lain di Hong Kong – www.discoverhongkong.com
Jadi, selepas ini tak ada masalah kalau ke Hong Kong. Selamat Bercuti Semua!