Alahai banyaknya produk kecantikan Korea di pasaran.. Kita boleh jadi pening melihat yang mana sesuai dengan kulit wajah.
Satu lagi jenama kecantikan Korea S2J Cosmetics kini tiba di Malaysia! S2J Cosmetics merupakan milik sepenuhnya syarikat YGP Co. Ltd. dari Korea Selatan bakal berada di pasaran Malaysia bermula Januari 2018.
S2J Cosmetics yang merupakan milik sepenuhnya syarikat YGP Co. Ltd. dari Korea Selatan bakal berada di pasaran Malaysia bermula Januari 2018. Keunikan produk S2J Cosmetics untuk pasaran Malaysia adalah ia akan dihasilkan di kilang tempatan yang berstatuskan Halal serta diiktiraf GMP (Good Manufacturing Practice) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Formula bersesuaian dengan jenis kulit dan iklim di Malaysia
Nur Zaty Liyana Indra Gunawan, Pengarah Urusan syarikat Bimyou Creations Sdn. Bhd. berkata bahawa idea untuk membawa masuk produk kecantikan S2J Cosmetics ke pasaran Malaysia adalah untuk mengatasi masalah wanita di luar sana yang mempunyai kesulitan dalam pemilihan produk wajah yang bersesuaian dan berkualiti.
“Saya amat meminati produk kecantikan Korea Selatan tetapi saya mendapati bahawa kebanyakan produk mereka tidak begitu serasi dengan kulit kita. Ini kerana, formula yang digunakan adalah berbeza bagi memenuhi keperluan jenis kulit mereka dan juga iklim di sana yang mempunyai empat jenis musim. Kita tahu bahawa produk-produk kecantikan Korea Selatan dihasilkan dengan menggunakan formula yang berasaskan teknologi supaya ia memberi kesan yang lebih efektif pada kulit wajah. Maka, tercetuslah idea untuk menghasilkan produk wajah yang bersesuaian dengan jenis kulit dan iklim di Malaysia dengan menggunakan formula berasaskan teknologi dari Korea Selatan.”
Produk pencerahan kulit S2J “White Fleur”
“White Fleur” merupakan produk pencerahan kulit yang mampu menyihatkan kulit agar tampak lebih muda. Produk ini mempunyai tujuh agen pencerahan di mana setiap satu agen itu diekstrak secara organik. Tujuh agen pencerahan ini adalah sangat berkualiti kerana ia diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan dan kebanyakannya adalah daripada jenis bunga-bunga yang berwarna putih, bahkan “White Fleur” sendiri membawa maksud bunga putih.
Produk pencerahan kulit S2J “White Fleur” boleh dibeli melalui atas talian dan juga menerusi stokis yang disahkan bermula Januari 2018 dengan harga RM288 bagi setiap set.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.bimyou.com.my.