Setiap orang pasti ada menyimpan perasaan terhadap seseorang yang mereka suka, sayang mahupun cinta dalam diam. Tidak semua mampu meluahkan rasa dari kata-kata kerana takut ditolak dan belum punya keyakinan diri. Lebih-lebih lagi pada kaum wanita, malu bila digelar ‘pergi cari timba’ tapi sampai bila untuk melihat dan berada disamping si dia sebagai teman biasa.
Pasti anda mahu si dia ‘nampak’ anda bukan sahaja teman tapi seseorang yang istimewa. Caranya mudah sahaja, ubah tingkah laku anda terhadapnya. Jika anda tidak boleh lakukan secara lisan terus-terang, cuba dengan cara halus ini. Wanista percaya dengan 10 tips ini, si dia pasti akan sedar dengan kehadiran anda..lelaki mana tak cair kalau ada perempuan ambil berat tentang dia dan…
#1 Jaga penampilan – Usaha yang pertama sekali ialah dengan menjaga cara berpakaian atau tambah sedikit seri pada muka. Barulah ada confident dan buat si dia tertarik untuk melihat anda. Iya, rupa bukan segalanya tapi sekurang-kurangnya ianya beri tanggapan yang baik untuk anda.
#2 Buat si dia ketawa – Wanita yang menarik ialah wanita yang mampu untuk menceriakan orang lain. Ketawa dan saat-saat ceria mampu mengeratkan hubungan. Sekali-sekala cuba anda mengusik dan membuat jenaka bersama si dia. Jika teman idaman seronok bersama anda, lambat laun dia sentiasa mahu berada dekat dengan anda.
#3 Beri sokongan – Tunjukkan anda berminat dan menyokong dalam apa jua tugasan yang dia lakukan. Jadikan anda tempat untuk si dia mencurahkan segalanya.
#4 Tambah sedikit misteri – Biar dia juga tertanya-tanya tentang diri anda, ini salah satu cara untuk menarik minat si dia tentang anda. Jangan terlalu terbuka pada dirinya biar si dia belajar tentang suatu yang baharu mengenai anda pula.
#5 Jadi diri anda – Tak perlulah berpura-pura jadi orang lain, jadilah diri anda sendiri. Serlahkan pesona diri anda, mana tahu sikap anda yang cuai, kelam-kabut dan entah apa-apa buat si dia senang dengan anda. Lelaki bukan nak cari perempuan yang perfect cukup untuk dia rasa tanggungjawab.
Paling penting lakukannya secara bersahaja, jangan terlalu mencuba atau memaksa.