“Mati bunuh diri”.
Menurut laporan portal hiburan allkpop.com, Kim Jong-hyun yang merupakan penyanyi utama dalam kumpulan SHINee disahkan mati Isnin semalam dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai bunuh diri.
Kim atau lebih dikenali dengan nama Jonghyun, telah ditemui tidak sedarkan diri di kediaman sewanya dekat Cheongdam-dong, daerah selatan Korea pada jam 6.10 pm.
Kakak kepada penyanyi berusia 27 tahun berkenaan sebelum itu ada bertindak membuat panggilan kecemasan 911 sekitar jam 4.42 pm untuk membuat laporan berhubung pengetahuannya tentang niat Jonghyun yang mahu bunuh diri.
Tidak lama selepas itu, kakaknya bergegas ke kediamannya untuk meninjau keadaan Jonghyun yang kemudian dilihat sudah tidak sedarkan diri. Beliau kemudian terus dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan namun gagal diselamatkan kerana pelantun lagu “Ring Ding Dong” itu mati tidak lama selepas tiba di hospital.
Lihat Berita Lanjut Tentang Kes Bunuh Diri Kim Jong-Hyun
https://www.youtube.com/watch?v=TByiJryyZCA
Penyiasat sewaktu ditemui berkata, mereka ada terjumpa kesan arang dibakar di dalam sebuah kuali mengoreng sewaktu tiba di pangsapuri Jonghyun yang mungkin ada berhubung kait dengan kematian itu.
Kes tersebut masih lagi dalam siasatan dan terkini, polis tampil mendedahkan mesej terakhir yang dihantar Jonghyun kepada kakaknya untuk menyatakan niat membunuh diri. Ia berbunyi:-
“Sudah terlalu sukar. Tolong lepaskan saya. Beritahu semua orang yang saya sedang dalam keadaan yang sangat memeritkan. Ini adalah ucapan selamat tinggal terakhir.”
TERKINI
Rupa-rupanya Kim Jong-hyun ada mengamanahkan sebuah nota bunuh diri kepada rakan karibnya Jang Hee-yeon, yang merupakan ahli kumpulan rock, Dear Cloud.
Menurut Hee-yeon, Jonghyun mahu nota itu dimuat naik untuk tatapan netizen setelah beliau tiada nanti. Untuk itu, Hee-yeon menurutkan kehendak Jonghyun dengan memuat naik foto latar hitam sambil disertai kapsyen nota bunuh diri yang ditulis sendiri oleh temannya itu ke akaun Instagram beberapa jam lalu.
https://www.instagram.com/p/Bc2977qHJEn/?hl=en&taken-by=run_withthewolf
Antara isi nota itu:-
“Hati saya merana di dalam. Tekanan ini secara perlahan memakan diri saya dan kini saya sendiri tidak dapat mengatasinya lagi.”
“Saya benci diri saya. Saya cuba untuk bertahan dan menjerit sekuat hati supaya terus bertahan, tetapi sayangnya, tiada jawapan yang kedengaran.”
“Saya bertanya kepada diri, siapa yang boleh menjaga saya? Hanya saya sendiri. Saya keseorangan.”
“Apabila doktor itu menyalahkan personaliti saya (kerana menjadi angkara semua ini), saya fikir, ia mungkin terlalu mudah untuk menjadi seoranng doktor (dengan hanya tahu mengkritik).”
“Menjadi individu terkenal bukanlah apa yang ditakdirkan untuk saya.”
“Sebab itu mereka kata, saya kini ditimpa kesukaran… “
“Kenapa saya pilih itu? Kelakar apabila saya tidak dapat berdepan dan menanggung semua ini lagi.”
“Apa lagi yang saya boleh katakan? Katakanlah kepada saya yang saya sudah melakukan terbaik. Walaupun anda semua tidak boleh tersenyum saat melepaskan saya pergi, janganlah menyalahkan saya lagi. Selamat tinggal.”
Yoon Dong-hwan, Ketua MYMusic Entertainment yang merupakan syarikat pengurusan Dear Cloud berkata, nota bunuh diri itu dimuat naik kepada umum oleh Jang Hee-yeon setelah mendapat persetujuan daripada kaum keluarga Jonghyun.
Ada khabar angin mengatakan sebelum ini, Jonghyun pernah berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan nasihat dan bantuan bagi meleraikan masalah tekanan yang dihadapinya tetapi ternyata, ia langusng tidak membantu dan akhirnya membuatkan Jonghyun putus asa lalu nekad bunuh diri.