Pergaduhan dan konflik sering muncul dalam sesebuah perhubungan, baik yang sedang dalam percintaan mahupun buat pasangan yang sudah berkahwin. Namun, kita perlu faham, pasangan yang normal memang sering bergaduh. Itu adalah sifat semula jadi perhubungan yang tidak dapat dielak oleh semua manusia di dunia ini. Tetapi lama kelamaan, jika masih sayang, amarah dan ketidakpuasan hati itu akan pergi dengan sendirinya dan anda selaku pasangan yang bertanggungjawab pasti akan memujuk dengan meminta maaf kepada si cinta hati betul tak?
Walau bagaimanapun menurut pakar psikologi Harriet Lerner, yang merupakan penulis kepada naskah “Why Wonb’t You Apologize?: Healing Big Betrayals Everyday Hurts”, beliau menjelaskan bahawa perbuatan meminta maaf itu seharusnya kena pada cara kerana kata maaf yang tidak kukuh mampu memburukkan lagi keadaan.
Menurut Harriet, ini enam jenis kata maaf yang perlu dielak semua pasangan jika mahu perhubungan yang lebih harmoni.
#1 “Maaf awak rasa begitu…”
I’m sorry for what you feel…
Oh, senang betul minta maaf kan? Ini adalah kata maaf yang diucapkan oleh individu yang mahu melepaskan tanggungjawab. Menurut Harriet, ia kedengaran seperti tidak ikhlas dan seolah si pesalah langsung tidak merasakan yang dirinya salah. Ego.
Kata maaf yang sebenar harus fokus pada dirinya (pesalah) sahaja dan bukannya kepada lawan.
#2 “Saya minta maaf sebab____, tapi…”
I’m sorry for hurting you but you should change your attitude if you want me to treat you nice.
Kata maaf ini menggambarkan pesalah itu cuba berpura-pura rasa bersalah tetapi dalam masa yang sama menyalahkan pasangannya juga, dengan perkataan ‘tetapi’.
Menurut Harriet, perkataan ‘tetapi’ itu selalunya digunakan untuk merujuk rasionalisasi, kritikan dan alasan.
#3 “Saya minta maaf diatas SEGALA apa yang telah saya lakukan”
I’m sorry for what I did.
Kata maaf sebegini adalah ‘kosong’ dan tidak bermakna. Menurut Harriet, pesalah sebenarnya tidak mengerti akan kesalahan mereka. Mereka minta maaf cuma sekadar untuk memuaskan hati pasangan.
“For what I did”? Mereka langsung tidak menerangkan satu-persatu kesalahan mereka. No! Minta maaf tidak semudah itu okay?
#4 “Saya minta maaf untuk apa yang telah terjadi dan, awak juga perlu rasa bersalah di atas apa yang awak lakukan”
I’m sorry for what I did & you should be sorry for what you did
Amboi, tak nak kalah nampak… Kata maaf yang sempurna sebenarnya harus fokus pada diri sendiri. Pesalah seharusnya berasa insaf dengan menyalahkan diri mereka sendiri sebagai tanda sudah sedar dariapda kesilapan. Bukannya, mencari kesalahan pasangan yang kononnya mendorong mereka berbuat salah.
#5 “Maaf, minta maaf sangat-sangat! Tolonglah maafkan saya; Saya janji tak akan buat begitu pada awak lagi; Saya tahu saya memang bodoh; Maaf dan terimalah maaf saya ini; Saya menyesal…”
I’m sorry; I’m so sorry; can you ever forgive me? I’m such an idiot; I’m so sorry; please, it’ll never happen again…
Memanglah lebih molek andainya anda menyelangi maaf dengan menhuraikan kesalahan tetapi janganlah sehingga menjatuhkan maruah begini. Ini sudah keterlaluan sehingga merendah-rendahkan diri sendiri. Drama sangat!
Menurut Harriet, pesalah seolah MEMAKSA pasangan untuk lekas-lekas memafkan dirinya. Sekurang-kurangnya, beri pasangan ruang untuk memikirkan tentang perasaan mereka. Ingat, dalam hubungan, jangan terlalu pentingkan diri sendiri. It’s not always about you, it’s about them too.
Lebih parah apabila, sudah berjela minta maaf macam ni tetapi esok lusa buat lagi salah… ha, nampak sangat tak insaf-insaf.
#6 “Saya minta maaf saya salah; Saya memang tak guna kan?”
I’m sorry for what I did; I’m such a disappointment
Eh hello, sekarang ni… kau yang patut simpatikan orang sebab kau yang salah, tapi kenapa nampak macam kau pula yang tanggih simpati?
Menurut Harriet, lebih baik tak perlu minta maaf langsung daripada mengungkapkan kata maaf seperti ini. Ia akan buat pasangan bertambah keliru kerana pada awalnya anda yang salah dan patut minta maaf tetapi bila anda menganggap diri sendiri tidak guna dengan bertanya “saya memang tak guna kan?” seolah-olah pasangan anda pula yang salah kerana dia sudah buat anda rasa seteruk itu.
*****
Nasihat Harriet, ungkapan maaf yang terbaik apabila si pesalah mengaku bersalah secara terang -mengaku seikhlas hati di atas kesalahan yang dilakukan (baik disedari mahupun tidak disedari), tanpa menghakimi pasangan mahupun mengungkit segala kesalahan yang dia pernah lakukan semata-mata demi menutup kesalahan kamu itu.
Jika kamu melakukan kesalahan yang besar seperti curang atau menipu, jangan ingat minta maaf sekali sahaja sudah memadai. Anda sudah menyakiti pasangan dengan teruk! Oleh itu, elak berkata “Kan saya dah minta maaf, apa lagi yang awak nak?”. Bersabarlah dan terus memujuk pasangan. Minta maaf berulang kali supaya dapat menarik kepercayaannya semula.
Selamat beramal! ❤️