Kita sering dengar orang kata cuaca sejuk adalah cuaca yang paling memeritkan kulit kerana ia bakal membuat organ gergasi pada tubuh manusia itu menjadi kering dek terdedah pada udara sejuk yang langsung tidak mempunyai lembapan.
Menurut penerangan saintifik, cuaca sejuk akan menyerap segala lembapan di kulit menjadikannya kusam, kering dan mengelupas dan keadaan ini juga akan memberi impak bukan sahaja pada kulit wajah dan tubuh malah kulit di bahagian bibir juga sehingga adakalanya luka kerana merekah.
Walau bagaimanapun, seorang pakar bedah kosmetik, Dr. Julian De Silva yang berkhidmat di Centre For Advanced Facial Cosmetic & Plastic Surgery dekat Hammersmith , Barat London ada berkongsi cerita mengapa cuaca sejuk bisa memberi manfaat pada kulit manusia yang sebenarnya bantu meningkatkan mutu kompleksi wajah.
#1 Mengecutkan Pori!
Cuaca sejuk akan bertindak seperti toner kerana ia mampu mengurangkan risiko pori tersumbat. Pori akan mengecut di mana cuaca sejuk sebenarnya akan melambatkan serat menghalang pengeluaran minyak wajah (sebum) secara berlebihan. Hasilnya kulit terpelihara daripada kemunculan jerawat.
#2 Tidur Lebih Lena
Kita semua tahu tidur yang cukup sebenarnya akan bantu kulit jadi lebih sihat. Oleh itu cuaca yang sejuk sebenarnya bantu manusia untuk dapatkan tidur yang lebih lena sekaligus menjadikan kulit sihat apabila seseorang itu mendapat waktu tidur yang sempurna!
Wajah pastinya akan kelihatan lebih berseri, kompleksi lebih cantik dan bersinar bahkan tiada lagi tekanan yang menyesakkan jiwa. Bangun keesokan harinya pasti anda lebih bersemangat dan cergas betul tak?
#3 Tiada Lagi Mata & Wajah Sembab
Cuaca sejuk dapat melancarkan pengaliran darah dalam tubuh seterusnya mengurangkan radang dan bengkak terutamanya pada bahagian mata dan wajah.
#4 Meremajakan Wajah!
Masih ingat tips penjagaan kulit yang menyatakan tentang kebaikan membasuh muka dengan air ais setiap pagi? Ia akan membuatkan kulit tegang, lebih berseri, dan kelihatan sihat. Yup, dan begitu jugalah efek cuaca sejuk pada kulit kita.
Sebab itu, raami pakar bersetuju bahawa mandi air sejuk adalah lebih baik dariapda mandi dengnan air panas. Air panas akan lebih mengeringkan kulit tahu?
BACA: Gabrielle Union ‘Lemaskan Wajah’ Dalam Air Ais Setiap Pagi! Lihat Apa Jadi Pada Kulitnya…
#5 Buat Pipi Merah Semula Jadi
Tak perlu lagi mencalit pemerah pipi (blusher) pada musim sejuk kerana secara semula jadinya, cuaca sejuk akan memberi warna pada pipi anda. Apabila cuaca sejuk merangsang pembuluh darah, ia akan menyebabkan kemerahan pada pipi.
#6 Udara Bersih
Musim sejuk akan ‘menelan’ semua kekotoran yang terperangkap dalam udara lalu menghembuskan udara yang lebih bersih dan segar! Kualiti udara segar sebaiknya dapat meningkatkan kesihatan dan kecantikan kulit dengan kadar segera. Tidak seperti musim panas dan bunga yang hanya akan buat kulit sesak berminyak, pori tersumbat serta berjerawat apabila dihinggap dengan segal macam debu kotoran.
Pokoknya cara memelihara kulit dengan lebih terperinci semasa musim sejuk adalah memakai pelembap yang secukupnya untuk menjadi lapisan pelindung pada kulit serta minum air dengan kerap untuk sentiasa salurkan kelembapan optimum pada tubuh yang sudah sedia kering.
BACA: Muka Berminyak Teruk Gara-Gara Krim Pelembap, Ni Cara Betul Pilih “Moisturizer” Untuk Kulit