Tak sabarnya menunggu perkahwinan mereka, akhirnya pasangan diraja Britain ini tampil mengumumkan tarikh perkahwinan mereka bakal berlangsung pada Sabtu, 19 Mei 2018 pertengahan tahun hadapan.
Pengumuman yang mengujakan ramai pihak itu diumumkan oleh pihak Kensington Palace Jumaat lalu.
His Royal Highness Prince Henry of Wales and Ms. Meghan Markle will marry on 19th May 2018.
Today's announcement follows earlier confirmation of the month of the wedding and its location at St George's Chapel, Windsor Castle. pic.twitter.com/7pgdRM90Na
— The Prince and Princess of Wales (@KensingtonRoyal) December 15, 2017
Walau bagaimanapun, menurut laporan telegraph.co.uk, pasanganitu sebenarnya telah melanggar tradisi dengan memilih hari Sabtu sebagai hari perkahwinan mereka kerana perkahwinan diraja mengikut adat diraja Britain sepatutnya mengambil tempat pada hari biasa selain Sabtu dan Ahad. Oleh kerana itu, kita dapat lihat umumnya perkahwinan abangnya iaitu Putera William dan Kate Middleton berlangsung pada hari Jumaat.
Tonton Video Temu Ramah Putera Harry & Aktres Meghan Markle Selepas Mengumumkan Pertunangan Mereka
Tambahan pula, tarikh perkahwinan yang dipilih Putera Harry bersama pasangannya itu kemungkinan besar terpaksa ditangguh apabila ia barangkali menghalang daripada kakak iparnya, Kate Middleton untuk hadir ke upacara perkahwinan mereka kerana sedang berada dalam pantang. Kate dijangka melahirkan anak ketiga pada penghujung April depan.
BACA: Putera Harry Akhirnya Menyunting Aktres Meghan Markle Sebagai Bakal Isteri!