Pernah beli produk rambut yang mahal tapi masih tidak memberi hasil seperti yang dijanjikan, malah merosakkan rambut anda? Ya, itu mungkin kerana tindak balas bahan kimia yang terkandung dalam produk rambut berkenaan. Bahan kimia sebenarnya akan memberi kesan negattif kepada kesihatan rambut merangkumi kulit kepala dan adalah perlu untuk kita mengamalkan langkah detoks bag mencegah bahan kimia tersebut terus melekat dan meresap sehingga ke akar umbi.
Mendedahkan rambut kepada suhu panas secara berlebihan menerusi penggunaan peranti penggaya rambut atau pengering rambut umpanya akan menjadikan keadaan rambut kering seterusnya bercabang kerana kekurangan nutrisi serta keseimbangan minyak di kepala. Justeru, adalah mustahak untuk semua wanita dan lelaki di luar sana memberi layanan istimewa kepada rambut dengan produk penjagaan terbaharu daripada Watsons yang dipanggil HASK ini.
Koleksi rangkaian penjagaan rambut HASK merangkumi pelbagai fungsi untuk memulih kerosakan serta mengekalkan kecantikan rambut secara lembut dengan memanfaatkan ramuan alami berkesan.
Terdapat dalam pilihan “Argan Oil”, “Charcoal”, “Chia Seed Oil”, “Kalahari Melon Oil”, “Superfruit”, “Monoi Coconut Oil” dan “Keratin Protein Oil”. Harga adalah bermula RM16.90 hingga RM45.90.
Antara item penjagaan yang ditawarkan termasuklah syampu, perapi, perapi penuh serta minyak pati untuk rambut.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [watsons.com.my] atau beli sahaja rangkaian penjagaan rambut HASK oleh Watsons ini di mana-mana gedung Watsons berhampiran seluruh Malaysia.