Seiring dengan dunia moden masa kini yang membolehkan kita bergerak tanpa sepadan, rata-ratanya gemar berkongsi ‘cerita’ di media sosial untuk meraih pujian dariapda pengguna media sosial yang lain. Kerana terlalu taksub untuk menjadi popular dan hebat akhirnya seorang lelaki dari China ini maut setelah jatuh daripada tingkat 62 sebuah bangunan.
Mangsa adalah Wu Yongning, 26, khabarnya mempunyai ramai pengikut di akaun perkongsian video Weibo. Video-video yang dimuat naik semuanya memperlihatkan aksi beraninya memanjat serta melakukan lagak ngeri di tempat-tempat tinggi seperti di atas pencakar langit serta mercu tanda tempatan. Tambahan pula, Wu tidak menggunakan sebarang peranti keselamatan.
Beliau pernah suatu ketika memberi amaran kepada para peminatnya agar tidak melakukan aksi berbahaya seperti dirinya itu kerana sebaiknya ia memerlukan beberapa ilmu serta rangka perancangan yang tepat supaya sebarang tragedi dapat dibendung.
Sebuah klip memaparkan detik-detik cemas Wu sebelum terjatuh tersebar meluas di internet beberapa hari ini dan ia telah dirakam menggunakan kamera miliknya sendiri yang pada mulanya telah diletakkan di kawasan berdekatan untuk merakam lagak ngerinya.
Menurut ahli keluarga mangsa, Wu sebenarnya ada memberitahu niatnya untuk melamar teman wanitanya selepas selesai melakukan aksi berkenaan pada hari tersebut namun tidak kesampaian.
PERHATIAN: Video Ini Mengandungi Imej Yang Mungkin Mengganggu
https://www.youtube.com/watch?v=BdFuG6QJdGA
Dia juga berkata tujuan dia melakukan kesemua aksi ngeri itu adalah demi mengumpul kos rawatan ibunya yang sedang sakit buat masa ini dan jelasnya jika video aksi ngeri dia melakukan lagak maut di tingkat atas banggunan itu viral, dia mampu menjana sehingga ¥100,000 (RM62,000).